Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

‘Najib Tak Pernah Buat Aduan Transaksi Dalam Akaunnya’

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 12 Sep – Seorang saksi pegawai bank, hari ini, mengesahkan bekas Perdana Menteri, Najib Razak tidak pernah membuat aduan kepada AmIslamic Bank mengenai transaksi dalam akaun persendirian miliknya.

Pengurus Cawangan Ambank (M) Berhad Jalan Raja Chulan, R Uma Devi yang disoal dengan soalan tambahan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Gopal Sri Ram, berkata semua pelanggan bank itu akan menerima penyata akaun mereka pada setiap bulan.

Sri Ram kemudian menyoal saksi ke-37 pendakwaan itu sama ada Najib pernah membuat aduan mengenai akaun persendiriannya dari tahun 2015 hingga 2018, yang dijawab Uma Devi, “tidak”.

“Sepanjang pengetahuan saya, malah dalam perbicaraan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, tidak ada sebarang pertikaian atau aduan mengenai akaunnya,” katanya.

Sri Ram: Bagaimana kes 1MDB. Adakah jawapan itu sama?

Uma Devi: Ya.

Sri Ram: Kamu pernah beri keterangan sebelum ini dalam kes SRC?

Uma Devi: Ya.

Sri Ram: Boleh kamu sahkan bahawa keterangan kamu diterima di semua peringkat mahkamah (Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan)?

Uma Devi: Ya.

Dalam prosiding minggu lalu, Uma Devi memberitahu mahkamah bahawa Najib bertanggungjawab terhadap lima akaun AmIslamic miliknya yang dinyatakan melalui suratnya (Najib) kepada Pengurus Cawangan Ambank (M) Berhad / AmIslamic Bank Berhad.

Kelima-lima akaun berkenaan adalah akaun semasa AmIslamic dengan nombor akaun 211-202-201188-0 dengan kod AmPrivate Banking – 1MY, 211-202-201189-8 (AmPrivate Banking – Y1MY) dan 211-202-201190-6 (AmPrivate Banking – MY) manakala dua lagi akaun dengan nombor 211-202-200969-4 dan 211-002-009048-1 (akaun simpanan).

Najib, 69, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang sama.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKANGAR, 25 Sep – Mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan memanggil Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam keadaan paling sesuai dengan mengambil kira...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 25 Sep – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, akar umbi parti itu boleh menjadi “lemah semangat” jika Pakatan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 24 Sep – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) sukar melakukan reformasi ketika mentadbir 22 bulan di bawah...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 23 Sep – Presiden Umno yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dibebaskan daripada 40 tuduhan menerima suapan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER