Nasional

JANGAN KETAWA – Mahathir Diyakini Mampu Tarik Pengundi Melayu ‘Atas Pagar’

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 12 Sep – Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bakal menyaksikan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Mahathir Mohamad kononnya mampu menarik lebih 25 peratus pengundi Melayu ‘atas pagar’ agar menyokong gabungan baharu, Gerakan Tanah Air (GTA).

Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan, Khairuddin Abu Hassan berkata, keyakinan itu menyorot pilihan raya umum lalu menyaksikan bekas Perdana Menteri itu juga berjaya menarik sokongan pengundi Melayu atas pagar hampir 15 peratus.

“Walaupun ramai orang Melayu marah dan kecewa kerana Dr. Mahathir bergabung dengan DAP dan KEADILAN, namun, pengaruh beliau tetap kuat untuk menarik sokongan mereka.

“Daripada gerak kerja kami di lapangan di beberapa negeri telah memperlihat sambutan rakyat pada program-program GTA amat baik.

“Tidak keterlaluan dikatakan bahawa penubuhan GTA mendapat reaksi positif dan sambutan berkembang secara pesat dan amat cepat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Khairuddin berkata, hanya GTA yang mampu memimpin negara ini dengan bersih, cekap dan amanah kerana Dr. Mahathir kekal berpinsip sejak dahulu, kini dan selamanya.

“Kepentingan kesejahteraan bangsa, negara dan agama adalah agenda utama dalam hidup Dr. Mahathir.

“Perjuangan beliau amat konsisten dan tidak pernah menipu dalam mana-mana perjuangan untuk menegakkan kebenaran demi kesejahteraan masa depan bangsa dan negara,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 3 Dis – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mendedahkan beliau adalah seorang daripada yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dan KEADILAN merundingkan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 3 Dis – ‘Kepulangan’ Mohd Rafizi Ramli dalam gelanggang politik ternyata berbaloi apabila dilantik dalam Kabinet selepas Pakatan Harapan (PH)...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 3 Dis – Empat senator mengangkat sumpah di Dewan Negara pagi ini, susulan pelantikan mereka ke dalam kabinet malam tadi....

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 2 Dis – Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli dinamakan sebagai Menteri Ekonomi menggantikan bekas Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER

Exit mobile version