Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

‘Saya Hanya Kata Umno Yang Bayar Pada Pas’

Clare taking up questions from the media after launching her book of "The Sarawak Report" in Petaling Jaya yesterday. (08/09/2018/S.S.KANESAN/The Star)
Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 11 Sep – Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown menyangkal dakwaan bahawa beliau telah mengesahkan Umno membayar RM90 juta kepada PAS pada tahun-tahun sebelum pilihan raya umum (PRU) terdahulu.

Katanya, beliau hanya mengesahkan wujudnya bukti bahawa PAS dibayar.

Bagaimanapun, jumlah RM90 juta itu hanyalah sesuatu untuk mengalihkan tumpuan, tambahnya. Angka itu juga telah disebut dalam saman fitnah terhadapnya pada 2017.

“Jumlah sebenar sukar ditentukan memandangkan jumlah itu berpindah tangan dalam bentuk tunai,” katanya menjawab laporan yang dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh seorang ADUN DAP.

Aduan itu dibuat terhadap Presiden PAS Abdul Hadi Awang atas dakwaan rasuah, pengubahan wang haram dan pengelakan cukai. Aduan itu difailkan selepas Pengerusi DAP Lim Guan Eng menggesa Hadi menjelaskan penyelesaian RM1.4 juta dengan Rewcastle Brown dalam saman fitnah terhadapnya.

Lim berkata, satu video yang tular di media sosial memaparkan Rewcastle Brown mengesahkan bahawa PAS menerima RM90 juta daripada Umno.

Bagaimanapun, Rewcastle Brown memberitahu, jumlah RM90 juta itu dibangkitkan dalam satu soalan, tetapi beliau menjelaskan bahawa beliau hanya mengesahkan wang telah dibayar.

“Apa yang penting di sini adalah kedua-dua parti itu menyembunyikan pakatan yang mereka jalin dan kemudiannya mereka akui, tetapi hanya selepas PRU. Jadi mereka menipu pengundi,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKANGAR, 25 Sep – Mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan memanggil Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam keadaan paling sesuai dengan mengambil kira...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 25 Sep – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, akar umbi parti itu boleh menjadi “lemah semangat” jika Pakatan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 24 Sep – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) sukar melakukan reformasi ketika mentadbir 22 bulan di bawah...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 23 Sep – Presiden Umno yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dibebaskan daripada 40 tuduhan menerima suapan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER