Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

Mengapa Peniaga Alat Ganti Terlepas Hukuman Mati?

Kongsikan Artikel Ini

KOTA BHARU, 11 Sep – Peniaga alat ganti kenderaan dari Pasir Mas, dekat sini, terlepas hukuman mati atau penjara seumur hidup selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini, melepas dan membebaskannya daripada tuduhan mengedar syabu seberat 342.3 gram, empat tahun lalu.

Wan Muhammad Azlan Wan Mahamod, 34, dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan itu selepas Pesuruhjaya Kehakiman, Mohamad Abazafree Mohd Abbas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Dalam penghakimannya, Mohamad Abazafree berhujah, mahkamah sebaliknya mendapati pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah menerusi isu berkaitan akses ke bilik tertuduh.

Selain itu, katanya, pihak pembelaan juga berjaya menimbulkan keraguan berhubung akses kehadiran orang lain di kediaman tertuduh, manakala sebuah kereta jenis Proton Satria di lokasi serbuan pula adalah milik orang lain.

“Keterangan tertuduh konsisten dari peringkat awal pendakwaan mengenai seorang lelaki bernama Mohd Harif Mohd Azmi yang datang tidur di bilik tertuduh sebelum kediaman itu diserbu polis,” katanya.

Wan Muhammad Azlan dituduh mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 342.3 gram itu di dalam bilik di sebuah rumah beralamat Lot 2424, Kampung Kepas, Jalan Banggol Jering, Pasir Mas, pada jam 4.10 pagi, 2 September 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukan hukuman mati atau penjara seumur hidup. Jika tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah disebat tidak kurang 15 kali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norazlinawati Mohd Arshad, manakala tertuduh diwakili peguam, Ahmad Nizam Mohamed.

– BH

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 24 Sep – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan terus mencatat sejarah tersendiri apabila menerima Sijil Audit Negara pada hari yang...

Negeri

Kongsikan Artikel IniREMBAU, 23 Sep – “Kali terakhir seorang Menteri Besar menjejakkan kaki ke kampung ini adalah pada 45 tahun lalu”. Itulah ayat pertama...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 23 Sep – Presiden Umno yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dibebaskan daripada 40 tuduhan menerima suapan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniBATU PAHAT, 23 Sep – Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di negeri ini, membabitkan daerah ini dan juga Pontian setakat...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER