Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

Kes Amang Seksual Selebriti: 2 Lagi Laporan Polis Dibuat Mangsa

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 11 Sep – Dua lagi laporan polis dibuat ke atas seorang selebriti yang juga penceramah bebas berkait jenayah amang seksual terhadap remaja lelaki bawah umur, selepas empat laporan terdahulu dibuat di Selangor.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Ruslan Khalid, berkata dua laporan berkenaan dibuat di daerah Seremban pada bulan ini oleh dua mangsa berusia 17 tahun.

“Buat masa ini, siasatan selari dijalankan bersama pihak Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor mengikut seksyen kesalahan seperti di Selangor (Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017).

“Polis sedang melengkapkan siasatan dan perkembangannya akan dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk dikemukakan pula ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan mendatangkan fitnah kepada mana-mana pihak serta menyebabkan kegusaran kepada masyarakat.

“Perbuatan seumpama itu salah di bawah undang-undang negara dan boleh diambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Polis Selangor menerima empat laporan berkaitan kes terbabit, iaitu dua dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dan masing-masing satu laporan di IPD Shah Alam dan IPD Kajang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed dipetik berkata, laporan itu masing-masing dibuat empat individu berusia lingkungan 17 hingga 18 tahun yang mendakwa menjadi mangsa amang seksual fizikal lelaki berkenaan.

Hasil siasatan awal mendapati selebriti berkenaan dipercayai berkenalan dengan mangsa dalam program motivasi di sekolah sekitar Selangor.

Susulan laporan polis yang dibuat, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menahan suspek pada jam 4 petang Khamis lalu yang kemudian direman selama enam hari sehingga 14 September untuk siasatan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 25 Sep – Pakatan Harapan (PH) tidak akan membuka pintu rundingan dengan mana-mana parti daripada Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKANGAR, 25 Sep – Mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan memanggil Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam keadaan paling sesuai dengan mengambil kira...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 25 Sep – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, akar umbi parti itu boleh menjadi “lemah semangat” jika Pakatan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 24 Sep – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) sukar melakukan reformasi ketika mentadbir 22 bulan di bawah...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER