Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Apa Susunan 9 Hari Majlis Persemadian Ratu Elizabeth II?

Kongsikan Artikel Ini

LONDON, 11 Sep – Menjelang majlis persemadian negara untuk mendiang Ratu Elizabeth II yang dijadualkan berlangsung pada 19 September ini, berikut adalah susunan upacara bermula hari ini hingga tarikh berkenaan sebagaimana dimaklumkan oleh pihak Istana Buckingham dan pegawai diraja lain:

Ahad 11 September 2022

– Keranda mendiang Ratu yang diperbuat daripada kayu oak dan ditempatkan dalam dewan di Istana Balmoral, Scotland, dibawa menggunakan kereta ke Edinburgh membabitkan perjalanan selama kira-kira enam jam. Ia dijadualkan bertolak pada jam 10 pagi dan dijangka tiba jam 4 petang sebelum dibawa ke Istana Holyroodhouse.

Isnin 12 September 2022

– Raja Charles III dan Permaisuri Camilla dijadualkan bertolak ke Edinburgh dari London. Pada jam 2.35 petang, keranda akan diarak dari Istana Holyroodhouse ke Katedral St Giles di Royal Mile, Edinburgh, dengan diiringi Raja bersama kerabat diraja secara berjalan kaki. Mahkota Scotland akan diletakkan di atas keranda ketika ia dibawa masuk untuk upacara singkat. Raja bersama kerabat diraja dijadualkan bertafakur pada jam 7.20 malam. Keranda akan ditempatkan di situ selama kira-kira 24 jam.

Selasa 13 September 2022

– Upacara doa dijadualkan berlangsung di Katedral St Giles pada jam 5 petang sebelum keranda dibawa ke Lapangan Terbang Edinburgh untuk diterbangkan ke London dengan diiringi anak perempuan mendiang Ratu, Puteri Anne, dan dijangka tiba pada jam 8 malam. Seterusnya, keranda akan dibawa ke Istana Buckingham dan ditempatkan dalam Bilik Bow.

Rabu 14 September 2022

– Pada jam 2.22 petang, keranda akan dibawa ke Istana Westminster menggunakan pedati dengan diiringi Raja dan kerabat diraja secara berjalan kaki. Ketika itu, tembakan ‘Minute Guns’ akan dilepaskan dari Hyde Park bersama dentangan loceng ‘Big Ben’. Ia dijadualkan tiba di Westminster Hall pada jam 3 petang. Keranda akan berada di situ selama empat hari hingga majlis persemadian negara.

Isnin 19 September 2022

– Pada jam 10.44 pagi, keranda akan diarak dari Istana Westminster ke Westminster Abbey untuk majlis persemadian negara. Keranda kemudian diarak ke Wellington Arch dan seterusnya ke Istana Windsor. Istana Windsor adalah istana didiami yang tertua serta terbesar di dunia, dan menjadi kediaman pemerintah selama hampir 1,000 tahun.

Keranda kemudian akan dibawa ke St George’s Chapel dan diturunkan ke Makam Diraja sebelum disemadikan di King George VI Memorial Chapel yang juga tempat persemadian bonda serta ayahanda mendiang Ratu. Sementara itu, keranda mendiang Putera Philip yang telah melayari bahtera perkahwinan selama 73 tahun dengan Ratu Elizabeth II sebelum meninggal dunia pada April 2021, dijangka dipindahkan dari Makam Diraja di Windsor untuk disemadikan bersebelahan mendiang Ratu.

– REUTERS

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPHNOM PENH, 22 Sep – Mahkamah jenayah perang Khmer Rouge yang disokong Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) di Kemboja bersetuju mengekalkan sabitan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Sep – Pemimpin seluruh dunia mengecam tindakan Presiden Vladimir Putin yang mengarahkan kerahan tentera ke Ukraine serta memberi amaran bahawa...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniYANGON, 21 Sep – Junta hari ini memberi amaran kepada orang awam di Myanmar supaya tidak menunjukkan sokongan moral kepada kumpulan penentang...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniMEXICO CITY, 20 Sep – Ia sepatutnya hanya latihan, namun siapa sangka kejadian sebenar berlaku. Itulah yang berlaku ke atas penduduk bandar...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER