Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Naib Presiden Amanah ‘Kena Sekolah’ Dengan Warganet Di Facebook

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 8 Sep – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Adly Zahari menerima kecaman demi kecaman berikutan cuba ‘berlakon baik’ kononnya hasrat Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menyertai Pakatan Harapan (PH) sebagai sesuatu yang wajar dan perlu difikirkan.

Dengan tanda pagar #IniRumahKita kononnya ‘kebersamaan’ dalam kalangan pembangkang perlu wujud bagi mengalahkan musuh yang sama, Adly terlupa bahawa apa yang dilakukan Muda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Mac lalu mengguris perasaan penyokong PH terutamanya Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

“Hasrat Parti Muda menyertai PH adalah sesuatu yang baik dan wajar dipertimbangkan oleh Pakatan Harapan. Berlapang dada dan menang bersama. #IniRumahKita ,” katanya pada catatan di Facebook hari ini.


Namun cadangan ‘murni’ yang dilontar ADUN Bukit Katil, Melaka itu menerima kecaman bertali-arus daripada penyokong KEADILAN dan PH yang menolak sebarang kerjasama dengan Muda yang diwarisi daripada peninggalan ‘saka’ bergerak yang meruntuhkan PH pada 2020.

Komen netizan bernama Md Bijan kepada Adly ialah “MUDA dipayungi kapitalis kapitalis besar yang semestinya mahukan pulangan atas pelaburan mereka suatu hari nanti. Pimpinan mereka memang sentiasa dilihat besama kapitalis dan cukong2.”

Sementara Nik Rudy menulis “Melakukan kebaikan itu perlu , tetapi dan, terkadang ia ada batasnya. Dan, mereka yang pernah menikam kamu dari belakang tidak harus dijadikan Kawan ataupun gabungan kerana nanti ketika kamu memerlukan bantuan kerana ingin mengukuhkan pentadbiran, boleh jadi mungkin mereka akan bersekongkol dan mengkhianati untuk menjatuhkan kamu sekali lagi”.

Yazid Borhan Mushers pula menyatakan “Sebab tu PH Melaka di bawah Tuan lemah. Terima semua benda berlapang dada tanpa faham implikasinya,” tulisnya.

Azmi Othman pula meninggalkan komen pedih terhadap Adly seolah-olah tidak sedar dengan pengkhianatan Muda yang lahir daripada perut Bersatu yang khianat PH:


“Muda Kuda Trojan Saka Tua..Sgt2 merbahaya kpd PH & Anwar..Signal Atok kpd Syed Sadiq… ialah apbila PH berada di tahap paling kuat( ketika ini).. Masuk & onarkan dr dalam.. Trojan Horse …Musang Berjanggut… Dlm Muda ada anak2 kroni Atok yg jd funder Muda… X pasti samada Muda bersetuju DSAI sebagai PM.. sb x pernah terkeluar dr mulut pemimpin Muda… Mesti ingat..S Sadiq cucu angkat atok.. Kes S Sadiq adalah 1 lg ‘False Flag’ tactic supaya nampak S Sadiq teraniaya…..Kedudukan S Sadiq sama seperti Kerismudin.. ni adalah acuan2 Atok utk jadikan pemimpin akan dtg.. yg bole jg & lindungi anak & cucu atok… ,mereka bukan pilihan rakyat…,” ujarnya.

Fariz Idham pula menganggap pandangan Adly seolah-olah menyekat momentum rakyat daripada menyokong PH terutamanya Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli yang menegur Muda Negeri Sembilan yang gelojoh bersuara di media pada Rabu.

“Yb..banyak negatif Dari positif.. tgh momentum pH tgh naik.. datang la.muda plk nak buat onar.. jadi2 la.. patut dh lama.minta join bukan last minit pastu nak demand mcm2.. sorry to say.. PH 4 parti utama saja..,” katanya.

Setakat berita ini ditulis, tiada ulasan lanjut daripada Adly mahupun jurucakap Amanah yang mungkin ‘masuk gua’ ekoran pandangan membodohkan diri sendiri itu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 25 Sep – Pakatan Harapan (PH) tidak akan membuka pintu rundingan dengan mana-mana parti daripada Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKANGAR, 25 Sep – Mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan memanggil Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam keadaan paling sesuai dengan mengambil kira...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 25 Sep – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, akar umbi parti itu boleh menjadi “lemah semangat” jika Pakatan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 24 Sep – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) sukar melakukan reformasi ketika mentadbir 22 bulan di bawah...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER