Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

JANGAN KETAWA – SPRM Perlu Lebih Masa Siasat Skandal LCS

Kongsikan Artikel Ini

PUTRAJAYA, 8 Sep – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan lebih banyak masa untuk menyiasat projek kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion yang bermasalah, kata Ketua Pesuruhjayanya Azam Baki.

Pada sidang media, beliau berkata, agensi anti-rasuah itu memerlukan sedikit masa untuk memanggil lebih ramai saksi dalam siasatannya, termasuk yang berada di luar negara.

Ketika ditanya sama ada SPRM akan memanggil Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas khas) Abd Latiff Ahmad untuk memberi keterangan berhubung dakwaan kaitannya dengan projek itu, Azam berkata: “Tiada komen mengenainya.”

“Kerana kita masih siasat. Kita perlu semak perkara itu,” katanya ringkas kepada pemberita.


Terdahulu, Pengarah Strategi KEADILAN, Akmal Nasir, yang turut mempertikai tindakan bersungguh-sungguh Abd Latiff membuat laporan polis mendesak siasatan terhadap Timbalan Presidennya, Rafizi Ramli berkaitan LCS, turut mempersoal adakah wanita itu berperanan sama seperti ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, dalam isu berkenaan.

Beliau berkata, individu itu tidak kenali, justeru mempersoalkan mengapa indentitinya perlu dilindungi.

“Kenapa Abd Latiff tidak berterus terang mengenai identiti Zainab ini? Saya pasti Rafizi tidak pernah kenal dengan Zainab dan saya pasti juga dalam rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), jelas terbukti Zainab dan Dr Abd Latiff berada dalam syarikat yang sama.

“Malah, Dr Abd Latiff turut memberikan sahamnya atau pindahkan sahamnya kepada Zainab. Sepatutnya, identiti Zainab ini tidak boleh dilindungi lagi dan jangan cuba larikan diri daripada isu sebenar.

“Kalau betul Dr Abd Latiff nak nafikan, bawa Zainab itu keluar dan tunjukkan kepada orang ramai…jangan jadi seperti Jho Low, sampai masa dah terlepas dan tak tahu ke mana,” katanya kepada media ketika ditemui di SPRM pada Selasa.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKANGAR, 25 Sep – Mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan memanggil Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam keadaan paling sesuai dengan mengambil kira...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 25 Sep – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, akar umbi parti itu boleh menjadi “lemah semangat” jika Pakatan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 24 Sep – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) sukar melakukan reformasi ketika mentadbir 22 bulan di bawah...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 23 Sep – Presiden Umno yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dibebaskan daripada 40 tuduhan menerima suapan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER