Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

’Dah Naik, Baru Jokowi Nak Dengar Suara Rakyat?’

Kongsikan Artikel Ini

JAKARTA, 8 Sep – Pengerusi Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia, Maharani berjanji meneliti semua aduan rakyat berhubung kenaikan harga minyak bahan bakar bersubsidi (BBM), lapor laman berita Liputan6 semalam.

Beliau berkata, DPR akan memberi fokus utama kepada isu yang kini menjadi punca kewujudan beberapa siri demonstrasi di seluruh Indonesia.

“Kita akan mendengar dan menyampaikan mandat yang disampaikan rakyat kepada pemerintah.

“Selain itu, DPR juga meminta pemerintah memandang serius mengenai pelarasan harga bahan api ini. Jangan menyusahkan rakyat atau menambahkan beban sedia ada,” kata Puan Maharani.

Selain itu, beliau berharap agar bantuan tunai terus (BLT) yang disediakan pemerintah hasil daripada kenaikan harga bahan api menepati sasaran.

Beliau turut meminta agar kementerian berkaitan dapat memantau dengan rapi penyaluran bantuan tersebut.

“Kami berharap tujuan BTL ini tepat mengenai sasaran dan berguna kepada masyarakat serta tiada pihak yang layak menerimanya ketinggalan daripada menerima bantuan,” katanya.

– AGENSI

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPHNOM PENH, 22 Sep – Mahkamah jenayah perang Khmer Rouge yang disokong Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) di Kemboja bersetuju mengekalkan sabitan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Sep – Pemimpin seluruh dunia mengecam tindakan Presiden Vladimir Putin yang mengarahkan kerahan tentera ke Ukraine serta memberi amaran bahawa...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniYANGON, 21 Sep – Junta hari ini memberi amaran kepada orang awam di Myanmar supaya tidak menunjukkan sokongan moral kepada kumpulan penentang...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniMEXICO CITY, 20 Sep – Ia sepatutnya hanya latihan, namun siapa sangka kejadian sebenar berlaku. Itulah yang berlaku ke atas penduduk bandar...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER