Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Negeri Sembilan Sasar 23 Emas SUKMA Edisi Ke-20 – Aminuddin

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 6 Sep – Komitmen kontinjen Negeri Sembilan yang menyasarkan 23 pingat emas selain berazam untuk berada dalam kedudukan sekurang-kurangnya sembilan terbaik pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 di Lembah Klang, bermula 16 hingga 24 September ini, dijadikan pembakar semangat para atlet menggapai pingat emas sebanyak mungkin.

Pada temasya SUKMA 2018 di Perak, kontinjen negeri ini berjaya menduduki tempat ke-12 daripada 15 kontinjen yang bertanding hasil kejayaan mengumpulkan 13 emas, 18 perak dan 43 gangsa.

Komitmen tersebut disuarakan Menteri Besar, Dato’ Seri Aminuddin Harun yang berharap para atlet yang mewakili negeri ini dapat mempamerkan kebangkitan pada temasya sukan terbesar itu kali ini dengan mencapai sasaran berkenaan.


“Negeri Sembilan mempertaruhkan seramai 522 pegawai dan atlet bagi menggalas cabaran dan antara acara sukan yang dilihat boleh menyumbang pingat emas pada SUKMA kali ini adalah wusyu, olahraga, hoki, badminton, menembak dan e-sport.

“Negeri Sembilan akan menyertai 28 daripada 31 acara sukan yang dipertandingkan,” katanya selepas menyempurnakan majlis penyerahan bendera kepada kontinjen SUKMA NS di Dewan Theatrette, Wisma Negeri, di sini, hari ini.


Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Zulkefly Mohamad Omar dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Belia dan Sukan negeri, Datuk Mohamad Taufek Abd Ghani.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata kerajaan negeri memperuntukan lebih RM2 juta bagi persiapan menghadapi SUKMA tahun ini dan bercadang menambah pemberian wang tunai sebagai insentif kepada atlet yang berjaya memenangi pingat.

Beliau meletakkan syarat dan petunjuk prestasi (KPI) kepada atlet dengan kutipan sekurang-kurangnya 15 emas bagi membolehkan insentif berkenaan dapat diberikan.

“Saya yakin sasaran itu boleh dicapai dengan kekuatan dan semangat setiap atlet. Mereka perlu mencabar diri masing-masing untuk merealisasikan sasaran berkenaan,” katanya.


Harapan Aminuddin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan agar para atlet terus mempamerkan semangat juang yang tinggi bagi mencapai sasaran yang ditetapkan sekaligus mengharumkan nama negeri ini di peringkat kebangsaan.

Turut diadakan pada majlis berkenaan adalah bacaan ikrar oleh setiap kontinjen yang bertanding serta penyerahan bendera negeri kepada ketua setiap kontinjen yang disampaikan sendiri Aminuddin yang kagum dengan keterujaan dan semangat mereka.

“Besarlah harapan saya agar para pegawai dan atlet dapat memberikan yang terbaik dalam temasya SUKMA 2022 ini kerana acara ini merupakan langkah pertama buat para atlet untuk mara ke peringkat lebih tinggi, Insya-Allah,” tambahnya.

Sementara itu, Mohamad Taufek yang juga ketua kontinjen berharap setiap atlet yang dipilih akan menunjukkan prestasi cemerlang bagi membantu melonjakkan kembali nama negeri ini di persada sukan terbesar negara itu.


“Saya yakin dan percaya akan kemampuan atlet kita untuk memberikan saingan dan berharap prestasi kontinjen Negeri Sembilan lebih menyerlah pada SUKMA tahun ini,” katanya.

Ikuti platform media sosial rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan seperti berikut:

Facebook: https://fb.com/dsaminuddinharun

Twitter: https://twitter.com/MenteriBesarNS

Instagram: https://instagram.com/dsaminuddinharun

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 24 Sep – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan terus mencatat sejarah tersendiri apabila menerima Sijil Audit Negara pada hari yang...

Negeri

Kongsikan Artikel IniREMBAU, 23 Sep – “Kali terakhir seorang Menteri Besar menjejakkan kaki ke kampung ini adalah pada 45 tahun lalu”. Itulah ayat pertama...

Negeri

Kongsikan Artikel IniBATU PAHAT, 23 Sep – Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di negeri ini, membabitkan daerah ini dan juga Pontian setakat...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 21 Sep – Berita baik buat semua penyokong Pakatan Harapan (PH) apabila rundingan kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER