Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

Mahkamah Tolak Rayuan Zuraida Batal Saman RM10 Juta Dari KEADILAN

KUALA LUMPUR 11 JUN 2018. Temubual Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin di Masjid Taman Kosas, Ampang. NSTP/ SAIRIEN NAFIS
Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 6 Sep – Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Zuraida Kamaruddin untuk membatalkan saman KEADILAN yang mendakwa beliau melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada parti itu.

Panel tiga hakim diketuai Vazeer Alam Mydin Meera dalam keputusan sebulat suara berkata mereka bersetuju dengan dapatan Mahkamah Tinggi bahawa isu kesahihan dan kesahan kontrak di antara Zuraida dan KEADILAN hanya boleh ditentukan melalui perbicaraan penuh.

“Mahkamah perlu mendengar keterangan penuh secara berdokumen mahupun lisan (viva voce) sebelum keputusan dibuat.

“Kami tidak mendapati hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam memutuskan isu yang dibangkitkan melalui saman ini yang dirasakan adalah tidak wajar untuk dipertimbang bagi permohonan ini.

“Justeru, rayuan ini ditolak dengan kos RM10,000 dan keputusan Mahkamah Tinggi adalah dikekalkan,” kata Vazeer ketika menyampaikan keputusan itu melalui telesidang.

Turut bersidang, M. Gunalan dan Mariana Yahya.

Panel itu turut memutuskan bahawa selepas mendengar hujahan peguam Muhammad Nizamuddin Abdul Hamid, yang mewakili Zuraida, dan peguam Ranjit Singh bagi pihak Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail.

Pada 19 November 2021, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Zuraida untuk membatalkan saman yang difailkan parti itu pada 28 September 2020.

Pernyataan tuntutan KEADILAN mendakwa Zuraida, yang kini Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, telah menandatangani bon itu pada 25 April 2018 yang mengikat dirinya untuk membayar sejumlah RM10 juta berdasarkan terma dan syarat bon tersebut.

KEADILAN menetapkan Zuraida telah bersetuju untuk membayar parti sejumlah RM10 juta selewat-lewatnya tujuh hari sekiranya berlaku beberapa perkara selepas memenangi pilihan raya atas tiketnya seperti meletak jawatan dalam parti atau bergabung dengan pihak lain atau menjadi wakil rakyat bebas.

Parti itu mendakwa pada atau sekitar 24 Feb tahun lepas, Zuraida dalam satu kenyataan bersama 10 Ahli Parlimen KEADILAN yang lain telah mengumumkan peletakan jawatan namun beliau kekal sebagai Ahli Parlimen Ampang iaitu kerusi yang dimenanginya atas tiket KEADILAN dan seterusnya membentuk blok baharu dikenali sebagai Perikatan Nasional (PN).

KEADILAN turut menuntut agar Zuraida membayar RM12,049,459.20 mengikut Seksyen 71 Akta Kontrak, faedah lima peratus setahun, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 25 Sep – Pakatan Harapan (PH) tidak akan membuka pintu rundingan dengan mana-mana parti daripada Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKANGAR, 25 Sep – Mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan memanggil Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam keadaan paling sesuai dengan mengambil kira...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 25 Sep – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, akar umbi parti itu boleh menjadi “lemah semangat” jika Pakatan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 24 Sep – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) sukar melakukan reformasi ketika mentadbir 22 bulan di bawah...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER