Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Agama

‘Kita Perlukan Pemimpin Miliki Ciri Al-Qawiyyun Al-Amiin’

Kongsikan Artikel Ini

PENDAPAT, 6 Sep – Kita orang Melayu Islam perlu kuat dlm segala bidang. Pilihlah pemimpin mengikut kriteria yang Allah beri – pemimpin yang al-qawiyyun al-amiin – yang trampil dan amanah (QS Al-Qasas: 26).

Pemimpin yang trampil (berkebolehan, pintar, pakar) senang dicari. Paling sukar adalah nak cari yang amanah.

Amanah bermula dari iman. Semakin kukuh iman, semakin tinggilah taqwa. Amanah itu adalah sebahgian dari taqwa.

Pemimpin yang tinggi ketrampilan tetapi rendah imannya, adalah paling merbahaya kepada umat.


Dia akan gunakan kebolehan istimewanya untuk melakukan seribu satu cara penipuan untuk melanggar amanah yang diberi.

Kerana kelicikannya, amat sukar bagi orang awam untuk melihat kemungkaran dilakukannya. Inilah kelebihan pemimpin yang berqawiyyun tetapi tiada al-amiin.

Lazimnya, pemimpin yang miliki ciri-citi al-qawiyyun al-amiin, hidup dalam suasana yang cukup sederhana dan dhaif dari segi kebendaan dan kekayaan. Mereka amat takut disoal Allah di Hari Pembalasan nanti.

Seungguhnya, umat Islam hari ini sedang berada di ambang yang genting. Kita amat perlukan pemimpin yang kuat pengetahuan dan spiritualnya, malah trampil bertindak di peringkat lokal, malah di peringkat global.

Dengan cara ini, barulah nasib umat Islam di seluruh dunia dapat dibantu, dibela dan diselamatkan.

Inilah langkah awal, maruah umat Islam dapat dibela dan kembali dihormati dan dipandang tinggi di seluruh dunia.

Wallahuaklam.
BAB

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 24 Sep – Anwar Ibrahim menempelak penyokong Najib Razak kerana menyamakan rawatannya ketika di penjara dengan bekas perdana menteri itu. Pada...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 22 Sep – Sebagai tindak balas untuk mempertahankan Najib Razak yang kini disahkan dirawat di Pusat Rehabilitasi Cheras atau HRC, media...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 22 Sep – 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗘𝗗𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗚𝗘𝗥𝗔 – 𝗗𝗪𝗜𝗕𝗔𝗛𝗔𝗦𝗔 𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 | 𝟮𝟮 𝗦𝗲𝗽𝘁 𝟮𝟬𝟮𝟮 𝟱𝗚 – 𝗔𝗽𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗜𝗻𝘁𝗶𝗽𝗮𝘁𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗷𝗮𝗻𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 21 Sep – Jabatan Penjara Malaysia akhirnya mengesahkan banduan Najib Razak kini menerima rawatan dan pemantauan lanjut di Hospital Rehabilitasi Cheras...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER