Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

JANGAN KETAWA – ‘Pengampunan Najib Babit Dunia, Akhirat’

Kongsikan Artikel Ini

PUTRAJAYA, 6 Sep – Kenyataan mengenai proses pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Najib Razak yang menjalani hukuman penjara 12 tahun, tidak boleh dibuat secara terbuka dan dengan sewenang-wenangnya.

Menteri Wilayah Persekutuan, Shahidan Kassim, berkata kenyataan membabitkan usul pengampunan akan dikeluarkan apabila tiba masa yang sesuai.

“Saya juga ahli majlis berkenaan akan buat yang terbaik. Saya tidak boleh buat kenyataan terbuka kerana ia membabitkan perundangan, membabitkan dunia dan akhirat,” katanya kepada pemberita, selepas majlis penutupan Floria DiRaja 2022 di sini, hari ini.

Shahidan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai usul untuk proses pengampunan terhadap Najib.

Beliau berkata, beliau turut mengambil kira titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam sebagai panduan.

Semalam, media melaporkan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, kuasa menghukum dan memberi pengampunan tidak wajar digunakan sewenang-wenangnya kerana ia bakal dipertanggungjawab pada hari kemudian.

Baginda yang bertitah ketika ketika menyempurnakan majlis perasmian dan pemasyhuran Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Pahang, Kompleks Syariah Al-Sultan Abdullah, di Kuantan, menyatakan undang-undang yang tidak dilaksanakan secara konsisten dan adil akan menjurus kepada penindasan dan kezaliman dalam sistem pemerintahan.

Sementara itu, Shahidan turut mengecam tindakan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Lokman Noor Adam yang dikatakan melemparkan tuduhan liar serta tidak berasas terhadap Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Dengan hanya menyebut nama ‘LA’, Shahidan berkata, individu kini membuat jerayawara (roadshow) untuk memburuk-burukkan Ismail Sabri.

“Ada seorang bernama LA, buat roadshow memaki Perdana Menteri. Sekiranya parti lain sudah membuat gerak kerja untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) tetapi orang bernama LA ini maki Perdana Menteri.

“Macam mana ‘poster boy’ dimaki macam tu? Itu satu perbuatan tidak betul,” katanya.

Khamis minggu lalu, Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Kamarul Zaman Yusoff, membuat laporan polis terhadap Lokman susulan kenyataannya dalam FB Live malam sebelumnya yang mendakwa Ismail Sabri ada membuat perjanjian dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) untuk tidak menggantikan Peguam Negara serta mempercepat kes terhadap Penasihat UMNO, Najib dan Presiden parti itu, Ahmad Zahid Hamidi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 25 Sep – Pakatan Harapan (PH) tidak akan membuka pintu rundingan dengan mana-mana parti daripada Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKANGAR, 25 Sep – Mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan memanggil Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam keadaan paling sesuai dengan mengambil kira...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 25 Sep – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, akar umbi parti itu boleh menjadi “lemah semangat” jika Pakatan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 24 Sep – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) sukar melakukan reformasi ketika mentadbir 22 bulan di bawah...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER