Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Perbalahan Terbuka Pemimpin PAS Bukti Mereka Hanya Tamakkan Kuasa

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 5 Sep – PAS memaklumkan jumlah 80 kerusi Parlimen yang mahu ditandingi parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), masih belum muktamad.

Ketika ditemui di Parlimen hari ini, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan 80 kerusi itu bukan jumlah yang mahu ditandingi, sebaliknya ia adalah kerusi yang dipantau PAS.

Kenyataan itu bercanggah dengan kenyataan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Muhammad Sanusi Md Nor semalam, yang memaklumkan parti itu menyasarkan untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen pada PRU-15.

Menurut Tuan Ibrahim, PAS masih belum memuktamadkan jumlah sebenar kerusi yang mahu ditandingi, dan ia masih dibincang di peringkat parti sebelum di bawa ke peringkat Perikatan Nasional (PN).

“Itu bukan jumlah kerusi (Parlimen) kita bertanding. Itu kerusi yang kita pantau 80 kerusi itu.

“Jumlah kerusi kita akan berbincang di peringkat parti dan gabungan Perikatan Nasiona.l (PN) masih belum diputuskan.

“Setiap parti (dalam PN) akan buat pemantauan kepada kerusi-kerusi yang kita rasa boleh menang di kerusi,” katanya pada sidang media pada Simposium Perubahan Iklim 2022 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada jumlah 80 kerusi yang menjadi sasaran PAS, yang diumumkan semasa Muktamar Tahunan Pas Ke-68 di Kompleks PAS Kedah, Alor Setar semalam, sudah dibincangkan bersama parti komponen dalam PN.

Semalam, Muhammad Sanusi dilaporkan berkata PAS menyasarkan untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen, dan yakin mampu memenangi 40 atau separuh daripada kerusi berkenaan pada PRU-15.

Jika sasaran itu dapat dicapai, Menteri Besar Kedah itu percaya tiada mana-mana parti dapat membentuk Kerajaan Persekutuan tanpa PAS.

Menurut Muhammad Sanusi, Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PAS ketika ini sedang menganalisis kawasan pilihan raya yang mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) untuk diletakkan dalam senarai 80 kawasan yang disasarkan untuk ditandingi.

Pertentangan pandangan antara kedua-dua pemimpin parti ini secara terbuka menunjukkan parti itu cuma hanya tamakkkan kuasa dan takut kehilangan kuasa selepas PRU-15.

Ia bukan setakat membuktikan betapa PAS tiada maruah dan prinsip malah lebih teruk lagi, perbalahan terbuka berkenaan jumlah kerusi pun memburukkan lagi imej parti itu yang sudah sedia buruk di mata rakyat.

Tambahan lagi, Bersatu sebagai komponen terbesar dalam Perikatan Nasional (PN) sudah pasti tidak sesekali bersetuju dengan nafsu serakah PAS yang kononnya makin diterima baik masyarakat bukan Islam.

Kita nantikan episod pertembungan seterusnya dalam kalangan pemimpin parti itu dan juga Bersatu apabila pengumuman Sanusi secara semberono dibidas terus Tuan Ibrahim hingga Sanusi seakan tiada maruah di mata ahli parti itu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 25 Sep – Pakatan Harapan (PH) tidak akan membuka pintu rundingan dengan mana-mana parti daripada Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKANGAR, 25 Sep – Mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan memanggil Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam keadaan paling sesuai dengan mengambil kira...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 25 Sep – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, akar umbi parti itu boleh menjadi “lemah semangat” jika Pakatan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 24 Sep – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) sukar melakukan reformasi ketika mentadbir 22 bulan di bawah...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER