Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Presiden Filipina Lawat Indonesia, Singapura. Malaysia?

Kongsikan Artikel Ini

MANILA, 4 Sep – Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos (Marcos Jr) berlepas ke Indonesia hari ini sempena lawatan pertamanya ke luar negara sejak menyandang jawatan presiden pada 30 Jun lalu, lapor Xinhua.

Marcos Jr akan mengadakan lawatan negara tiga hari ke Indonesia sebelum ke Singapura dari 6 hingga 7 September.

“Lawatan ke negara jiran ASEAN adalah untuk memanfaatkan potensi hubungan perdagangan dan pelaburan,” kata Marcos sebelum berlepas ke Jakarta.

Ketika berada di Jakarta, Marcos Jr akan mengadakan perbincangan dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) dan kedua-dua pemimpin dijangka menumpukan perihal berkaitan hubungan dua hala serta perubahan persekitaran geopolitik.

Beliau dan Jokowi bakal menyaksikan pemeteraian beberapa perjanjian yang meliputi bidang kerjasama penting, kata Marcos.

Di Singapura, Marcos Jr akan mengadakan pertemuan berasingan dengan Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri, Lee Hsien Loong.

Selain mengadakan perbincangan mengenai hubungan dua hala, ekonomi, isu serantau dan global, Marcos Jr dan Hsien Loong akan menyaksikan pemeteraian beberapa perjanjian dalam bidang pencegahan keganasan dan privasi data.

Singapura ialah rakan dagang penting Filipina di ASEAN dan sumber utama pelaburan yang diluluskan pada 2021.

“Kerjasama ekonomi kami dengan Singapura telah berkembang pesat sejak setengah abad lalu, dan banyak lagi peluang sedang menunggu untuk dimanfaatkan kedua-dua pihak,” kata Marcos Jr.

Bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi daripada pejabat presiden bahawa beliau akan meneruskan lawatan ke Malaysia walaupun Singapura hanyalah 353 kilometer dari Kuala Lumpur.

Apakah ada isyarat berbeza yang diberikan Marcos Jr. kepada Jakarta, Singapura dan Kuala Lumpur?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPHNOM PENH, 22 Sep – Mahkamah jenayah perang Khmer Rouge yang disokong Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) di Kemboja bersetuju mengekalkan sabitan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Sep – Pemimpin seluruh dunia mengecam tindakan Presiden Vladimir Putin yang mengarahkan kerahan tentera ke Ukraine serta memberi amaran bahawa...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniYANGON, 21 Sep – Junta hari ini memberi amaran kepada orang awam di Myanmar supaya tidak menunjukkan sokongan moral kepada kumpulan penentang...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniMEXICO CITY, 20 Sep – Ia sepatutnya hanya latihan, namun siapa sangka kejadian sebenar berlaku. Itulah yang berlaku ke atas penduduk bandar...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER