Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Telefon Rafizi Dirampas Polis, Kali Kelima Sejak 2011

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 3 Sep – Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli telah memberikan keterangannya kepada polis petang ini berhubung dakwaannya yang dikaitkan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Abdul Latiff Ahmad dan difahamkan telefon bimbitnya telah dirampas.

Ini selepas laporan polis dibuat oleh pembantu Latiff pada 30 Ogos, yang memetik catatan blog Rafizi yang turut dikongsi di Facebook dan Twitter milik Latiff.

Rafizi, di bawah siasatan kononnya kerana fitnah jenayah dan penyalahgunaan kemudahan rangkaian, merekodkan keterangannya di ibu pejabat polis daerah Sentul pada jam 3 petang tadi dan diiringi tiga peguam.

Beliau disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 2008.

Bercakap kepada pemberita sejurus keluar dari balai itu jam 4.45 petang, Rafizi berkata beliau tidak boleh mendedahkan banyak maklumat mengenai kes itu kerana ia masih berterusan.

Rafizi berkata beliau dilayan dengan baik oleh polis kerana mereka tahu dia seorang “veteran” semasa disiasat.

Bagaimanapun, Rafizi memberitahu pemberita bahawa polis telah mengambil telefon bimbitnya sebagai sebahagian daripada siasatan.

“Ada orang nak bagi Iphone baru kat aku,” soalnya berseloroh kepada pemberita.

“Ini telefon kelima yang dirampas oleh polis sejak 2011,” kata Rafizi yang hadir beri keterangan susulan kenyataannya mendakwa menteri terbabit isu LCS.


“Itu proses biasalah. Selalunya kalau ada kes yang bersabit dengan Akta Komunikasi dan Multimedia, selalunya polis akan mengambil telefon sebagai barang bukti.

“…bergantung ada yang dapat balik, ada yang tidak. Itu proseslah,” katanya.

Rafizi sebelum ini menuduh Latiff dan ahli keluarganya mendapat manfaat daripada projek kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion dan kontrak pertahanan lain semasa dia menjadi timbalan menteri pertahanan.

Bekas ahli parlimen Pandan itu juga menegaskan Latiff mempunyai seorang isteri bernama Zainab Mohd Salleh, yang didakwanya terlibat dalam penyelewengan dana daripada projek LCS.

Dalam laporan polis yang dibuat pegawai khas Latiff, Sayed Ahmad Mu’izzuddin Al-Sayed Mohamad berkata Rafizi tetap berpegang atas dakwaannya walaupun menteri telah membuat penjelasan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 25 Sep – Pakatan Harapan (PH) tidak akan membuka pintu rundingan dengan mana-mana parti daripada Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKANGAR, 25 Sep – Mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan memanggil Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam keadaan paling sesuai dengan mengambil kira...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 25 Sep – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, akar umbi parti itu boleh menjadi “lemah semangat” jika Pakatan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 24 Sep – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) sukar melakukan reformasi ketika mentadbir 22 bulan di bawah...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER