Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

‘Mahkamah Betul Buat Keputusan Ke Atas Ibu Saya’ – Azrene

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 2 Sep – Anak perempuan Rosmah Mansor berkata, Mahkamah Tinggi membuat keputusan betul dalam mensabitkan ibunya atas tuduhan rasuah berhubung projek tenaga solar sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Azrene Ahmad, anak kandung Rosmah daripada perkahwinan terdahulu yang sebelum ini dilaporkan mempunyai hubungan “dingin” dengan ibunya berkata, keputusan mahkamah perlu dihormati.

“Biarlah perkara itu habis sehingga ke Mahkamah Persekutuan jika perlu. Kita perlu mempercayai fakta dan keupayaan badan kehakiman kita untuk mencapai penghakimannya tanpa halangan dan tanpa rasa takut.

“Sebagai seorang anak, ia sentiasa mudah untuk berfikir hanya secara subjektif. Ia sentiasa sukar untuk menjadi objektif dalam pemikiran dan tindakan kita, memandangkan keadaan sosio-teologi yang telah kita terima sejak lahir.

“Walaupun banyak ‘white noise’ subjektif oleh masyarakat kita, budaya dan penerapan agamanya, saya tetap objektif. Betul adalah betul, salah adalah salah – terutama apabila ia berkaitan dengan pemimpin (termasuk pasangan); walaupun mereka adalah keluarga,” katanya di Instagram.


Azrene yang berkahwin dengan cef selebriti Fazley Yaakob berkata, beliau menerima pelbagai teguran sejak empat tahun lalu, sejak kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau menegaskan akan terus memperjuangkan kepentingan negara kerana ia adalah tanggungjawabnya sebagai manusia dan rakyat Malaysia, walaupun kapasitinya terhad.

“Sebagai seorang anak, saya hanya boleh terus mendoakan mereka (ibu bapa) dan mengharapkan yang terbaik walaupun saya menjangkakan yang paling teruk,” katanya.

Kekecewaan Azrene pernah diluahkannya menerusi kiriman di Facebook tidak lama selepas BN tumbang buat kali pertama pada Mei 2018.

Hantaran tersebut tular mendedahkan perangai jelik yang diakukan ibunya ke atas dirinya, keluarga Fazley dan sesiapa saja yang rapat dengannya.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Rosmah bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan rasuah berhubung projek tenaga solar sekolah Sarawak.

Hakim Mahkamah Tinggi Zaini Mazlan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta terhadap isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu.

Hukuman itu ditangguhkan sementara menunggu rayuan Rosmah di Mahkamah Rayuan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 25 Sep – Pakatan Harapan (PH) tidak akan membuka pintu rundingan dengan mana-mana parti daripada Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKANGAR, 25 Sep – Mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan memanggil Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam keadaan paling sesuai dengan mengambil kira...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 25 Sep – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, akar umbi parti itu boleh menjadi “lemah semangat” jika Pakatan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 24 Sep – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) sukar melakukan reformasi ketika mentadbir 22 bulan di bawah...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER