Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

Bantuan Anak Sekolah (BAS) Manfaatkan Lebih 5,600 Pelajar Di Negeri Sembilan

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 2 Sep – Sejak Kerajaan Negeri Sembilan diperintah Pakatan Harapan (PH) pada 2018, seramai 5,671 pelajar seluruh negeri ini telah memperolehi manfaat daripada inisiatif Bantuan Anak Sekolah (BAS) yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri pada 2019.

Ia bertujuan memastikan tiada anak-anak di Negeri Sembilan yang keciciran dari segi pendidikan akibat masalah kewangan lebih-lebih lagi apabila keluarga hilang pendapatan berikutan penularan pandemik Covid-19 sejak 2020 hingga awal tahun ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, pada tahun 2019, seramai 1,230 pelajar menerima bantuan tersebut dan jumlahnya meningkat kepada 1,818 pelajar pada 2020 dan tahun lalu ia terus meningkat kepada 2,363 pelajar.


Ini menjadikan jumlah pelajar yang menerima bantuan setakat ini seramai 5,671 pelajar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang khususnya daripada pengkalan data e-Kasih dan bantuan disalurkan terus kepada penerima melalui Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Penyelaras DUN di kawasan masing-masing.

Pelajar yang datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan menerima bantuan RM50 sebulan selama 11 bulan yang dibayar secara sekaligus.

“Dalam usaha memastikan tiada anak-anak di Negeri Sembilan yang keciciran pendidikan akibat masalah kewangan, Kerajaan Negeri telah melaksanakan inisiatif Bantuan Anak Sekolah (BAS) sejak 2019.

“Melalui inisiatif ini, pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan menerima bantuan RM50 sebulan selama 11 bulan yang dibayar sekaligus.

Mengulas lanjut, beliau berkata, senarai penerima yang layak, diperolehi daripada pengkalan data e-Kasih dan bantuan disalurkan kepada penerima melalui Pusat Khidmat DUN atau Penyelaras DUN kawasan masing-masing,” katanya menerusi enteri terbaharu di Instagram pada Jumaat.


Hasilnya, manfaat yang diterima sejak 2019 itu dapat meringankan beban ibu bapa pelajar apabila ia dimanfaatkan sebaiknya oleh para ibu bapa dengan menyediakan keperluan persekolahan anak-anak semasa memasuki fasa endemik kini serta barangan keperluan asas yang semakin meningkat.

Beliau turut berharap agar anak-anak yang menerima bantuan ini dapat bersungguh-sungguh menuntut ilmu dan seterusnya berusaha membela nasib diri dan keluarga

“Besarlah harapan saya agar bantuan ini dimanfaatkan sebaiknya oleh para ibu bapa dengan menyediakan keperluan persekolahan anak-anak.

“Saya juga berharap agar anak-anak yang menerima bantuan ini dapat bersungguh-sungguh menuntut ilmu dan seterusnya berusaha membela nasib diri dan keluarga, Insya-Allah,” ujar Aminuddin yang juga ADUN Sikamat.

Ikuti platform media sosial rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan seperti berikut:

Facebook: https://fb.com/dsaminuddinharun

Twitter: https://twitter.com/MenteriBesarNS

Instagram: https://instagram.com/dsaminuddinharun

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 24 Sep – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan terus mencatat sejarah tersendiri apabila menerima Sijil Audit Negara pada hari yang...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 21 Sep – Nilai ringgit terus menyaksikan aliran menjunam apabila mencatat paras terendah sepanjang masa berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 20 Sep – Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan harga minyak yang merosot dan tekanan yang ditingkatkan...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 15 Sep – Menjelang sambutan Hari Malaysia esok, nilai ringgit terus menyusut pada paras RM4.52 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER