Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

‘Rumah Selangorku’ Bukti Kejayaan Kerajaan Negeri Urus Perumahan – Rodziah

Kongsikan Artikel Ini

SHAH ALAM, 1 Sep – Walaupun Selangor menyumbang 5,215 unit daripada jumlah keseluruhan 35,592 unit kediaman tidak terjual (overhang volume) sehingga suku pertama tahun ini di seluruh negara, namun program khas ‘Rumah Selangorku’ tidak terbabit dalam jumlah berkenaan.

Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail berkata, Selangor adalah negeri ketiga memiliki unit kediaman tidak terjual terbanyak selepas Johor (5,992 unit) dan Pulau Pinang (5,816 unit).

Menurutnya, data tersebut berdasarkan Laporan Pasaran Harta Tanah bagi suku pertama tahun ini diterbitkan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Tanah (JPPH) atau Data Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC).

Bagaimanapun beliau berkata, inisiatif perumahan mampu milik atau lebih dikenali sebagai Rumah Selangorku (RSKU) tidak berada dalam situasi ‘overhang‘ kerana bilangan permohonan sentiasa jauh lebih tinggi daripada bilangan unit yang sudah siap atau dalam proses pemilikan.

“Cuma, pembeli dan pemaju bagi RSKU perlu melalui proses yang lebih ketat berbanding proses jual beli (rumah) yang biasa maka ia mengambil masa yang lebih panjang,” katanya.

Rodziah berkata, kerajaan Selangor melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) mengambil beberapa langkah demi mengurangkan masa diambil bagi menyempurnakan proses jual beli RSKU secara keseluruhan.

“Suatu perkara lagi adalah berkenaan kesesuaian permohonan atau permintaan serta bekalan dan melalui data permohonan, kita dapati hampir 50 peratus daripada pemohon merupakan golongan bujang.


“Secara dasarnya, penyediaan rumah tiga bilik berharga RM250,000 adalah kurang tepat bagi golongan bujang dan baharu mula bekerja kerana kemampuan mereka terhad, pemohon ini juga berusia di bawah 30 tahun,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, agak sukar untuk golongan berkenaan memiliki hartanah berharga RM250,000 memandangkan gaji bulanan mereka di bawah RM5,000 secara purata.

“Mengambil kira kesemua fakta ini, satu skim baharu telah diperkenalkan oleh kerajaan negeri iaitu RSKU 3.0 dan rumah yang ditawarkan lebih sesuai iaitu mampu dimiliki dengan pembiayaan mampu diservis.

“Golongan bujang tidak memerlukan sampai tiga bilik kerana satu bilik sudah memadai dan mungkin dalam masa lebih lima tahun, setelah berkahwin, barulah mereka memerlukan rumah lebih besar dengan bilangan bilik lebih banyak,” katanya

Rodziah menambah, pada ketika gaji mereka mungkin sudah meningkat, maka pihak terlibat mampu membeli rumah lebih besar atau lebih mahal, begitulah seterusnya sehingga mereka terkeluar daripada cengkaman kehidupan golongan B40.

Di samping itu, beliau berkata, kerajaan Selangor menerusi LPHS dengan kerjasama pihak ketiga akan terus mempertimbang untuk menawarkan skim pinjaman dan pembiayaan perumahan terutama buat golongan B40 yang tidak layak atau sukar mendapatkan pinjaman, pembiayaan bank atau institusi untuk pembelian kediaman sendiri kerana pendapatan rendah di bawah paras ambang kelayakan atau isu-isu berkaitan termasuk muflis.

Menurut Rodziah, beberapa skim berkonsepkan pembiayaan sewa milik iaitu penyewaan jangka panjang disediakan bagi membolehkan pemohon bertukar status daripada penyewa kepada pemilik rumah dalam tempoh serta syarat kerajaan negeri.

“Antaranya Skim Pembiayaan Perumahan Selangorku (Dana-Sel) dan Skim Sewa Milik Selangor atau nama lamanya, Skim Smart Sewa to Ownership (2STAY),” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 24 Sep – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan terus mencatat sejarah tersendiri apabila menerima Sijil Audit Negara pada hari yang...

Negeri

Kongsikan Artikel IniREMBAU, 23 Sep – “Kali terakhir seorang Menteri Besar menjejakkan kaki ke kampung ini adalah pada 45 tahun lalu”. Itulah ayat pertama...

Negeri

Kongsikan Artikel IniBATU PAHAT, 23 Sep – Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di negeri ini, membabitkan daerah ini dan juga Pontian setakat...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 21 Sep – Berita baik buat semua penyokong Pakatan Harapan (PH) apabila rundingan kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER