Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

Negeri Sembilan Muncul Perintis Jadual Input-Output Wilayah Di Malaysia

Kongsikan Artikel Ini

LANGKAWI, 1 Sep – Kerajaan Negeri Sembilan muncul sebagai negeri pertama di Malaysia yang melancarkan penerbitan Jadual Input-Output Negeri dan Daerah, sekali gus sebagai perintis kepada pewujudan jadual input-output wilayah di Malaysia.

Menteri Besar, Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, hasil analisis tersebut akan menjadi asas kepada penyediaan dokumen perancangan jangka masa sederhana iaitu Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan (RPNS) 2021–2025 yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.


“Analisis daripada jadual input-output membolehkan sektor ekonomi tumpuan dikenal pasti dan impak pelaburan dan pembangunan sesebuah sektor ke atas ekonomi, sosial dan alam sekitar dapat dinilai secara holistik dan inklusif.

“Justeru, ia menjadi bukti kepada komitmen kerajaan negeri dalam mentransformasikan kaedah perancangan ekonomi bagi memperkasa dan memperkukuh asas ekonomi Negeri Sembilan,” katanya selepas merasmikan Persidangan Persatuan Input-Output Antarabangsa (IIOA) ke 28 di sini pada Selasa.


Penerbitan tersebut adalah hasil kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia dan Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan dikenali sebagai EU-ERA.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata dokumen RPNS 2021-2025 mengandungi hala tuju dasar pembaharuan dan transformasi ke atas ekonomi Negeri Sembilan serta bertindak sebagai pelengkap kepada Rancangan Malaysia Ke-12 (RM12) di peringkat nasional.


Ia diformulasikan berdasarkan tiga fokus utama iaitu kemampanan ekonomi, kesejahteraan serta kemakmuran rakyat dan kelestarian alam sekitar.

Tiga fokus tersebut dilengkapi dengan pemangkin dasar yang berfungsi sebagai asas bagi menyokong pembangunan negeri untuk tempoh 2021 hingga 2025, katanya.


Menurut Aminuddin, RPNS 2021-2025 adalah manifestasi kerajaan negeri dalam merealisasikan konsep Kemakmuran Bersama yang selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan di bawah Agenda 2030.

“RPNS 2021-2025 bakal membawa Negeri Sembilan ke tahap yang lebih berdaya saing, seiring dengan matlamat pembangunan Negeri Sembilan Maju pada 2030 dan Negeri Sembilan Moden pada 2045,” katanya.


Beliau berkata pembangunan Jadual Input-Output Negeri dan Daerah ini bakal membantu kerajaan negeri untuk melaksanakan penggubalan dasar berasaskan bukti.

“Justeru, intervensi yang lebih bersasar dan produktif dapat dijalankan dengan mengambil kira impak dan potensi sektor ekonomi. Ia sekali gus membantu mengurangkan ketidakcekapan penggunaan sumber dalam usaha meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi Negeri Sembilan secara keseluruhannya,” katanya.


Beliau berkata intervensi ini dapat memperkukuh pemantauan ekonomi peringkat sektoral melalui tindak balas antara penawaran dan permintaan.

Persidangan IIOA Ke-28 yang berlangsung dari 28 Ogos hingga 2 Sept merupakan persidangan IIOA pertama diadakan di Malaysia dan Asia Tenggara.


Ia dianjurkan oleh IIOA, Persatuan Ekonomi Input-Output Malaysia dan Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan dikenali sebagai EU-ERA.

Ikuti platform media sosial rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan seperti berikut:

Facebook: https://fb.com/dsaminuddinharun

Twitter: https://twitter.com/MenteriBesarNS

Instagram: https://instagram.com/dsaminuddinharun

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 24 Sep – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan terus mencatat sejarah tersendiri apabila menerima Sijil Audit Negara pada hari yang...

Negeri

Kongsikan Artikel IniREMBAU, 23 Sep – “Kali terakhir seorang Menteri Besar menjejakkan kaki ke kampung ini adalah pada 45 tahun lalu”. Itulah ayat pertama...

Negeri

Kongsikan Artikel IniBATU PAHAT, 23 Sep – Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di negeri ini, membabitkan daerah ini dan juga Pontian setakat...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 21 Sep – Berita baik buat semua penyokong Pakatan Harapan (PH) apabila rundingan kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER