Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

Apakah Nasib Rosmah Bakal Berulang Ke Atas Bung Moktar, Zizie Esok?

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 1 Sep – Debaran semakin terasa di sanubari rakyat Malaysia apabila satu lagi kes berprofil tinggi dan nasib yang menimpa isteri bekas Presiden UMNO, Najib Razak, Rosmah Mansor yang dihukum penjara 10 tahun dan denda RM970 juta bakal berulang di lokasi sama esok?

Teka-teki sama ada Bung Moktar Radin dan isterinya Zizie Izette Abdul Samad akan dibebaskan atau diperintah membela diri atas pertuduhan rasuah akan diketahui pada esok Jumaat (2 September).

Ia seakan mengulangi nasib yang menimpa Rosmah yang mendakwa dirinya tidak bersalah kerana kononnya tidak menerima sebarang imbuhan terkait kes RM1.25 bilion projek solar untuk sekolah di Sarawak pada Khamis.

Ahli parlimen Kinabatangan itu dan isterinya seorang selebriti bakal mengetahui nasib mereka pula apabila berdepan pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta ke atas pelaburan Felcra Bhd dalam unit amanah bernilai RM150 juta.

Keputusan itu akan disampaikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Rozina Ayob, selepas mahkamah mendengar hujah daripada pihak pendakwaan dan pembelaan pada 24 Jun lalu.


Sekiranya mahkamah memutuskan memihak kepada pihak pendakwaan bahawa terdapat kes prima facie terhadap Bung Moktar, sebagai defendan pertama dan Zizie Izette sebagai tertuduh kedua, maka mereka akan dipanggil membela diri.

Bagaimanapun, jika hakim memutuskan sebaliknya, maka kedua-dua tertuduh akan dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan.

Pihak pendakwaan menutup kesnya pada 17 Mei lalu setelah memanggil 30 saksi memberi keterangan dalam perbicaraan kes itu yang bermula pada 2 Januari 2020.

Bung Moktar, 64, didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500, sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Dia dituduh menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual, Madhi Abdul Hamid menerusi Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati, Kuala Lumpur antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.

Dia juga didakwa menerima suapan wang tunai RM335,500 daripada Norhaili di bawah nama Zizie Izette atas sebab dan di tempat sama pada 19 Jun 2015 manakala Zizie Izette, 44, berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.

Sama-sama kita nantikan apakah ‘drama’ yang ditampilkan pula pasangan bahagia seolah dunia ini milik mereka.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 25 Sep – Pakatan Harapan (PH) tidak akan membuka pintu rundingan dengan mana-mana parti daripada Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKANGAR, 25 Sep – Mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan memanggil Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam keadaan paling sesuai dengan mengambil kira...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 25 Sep – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, akar umbi parti itu boleh menjadi “lemah semangat” jika Pakatan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 24 Sep – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) sukar melakukan reformasi ketika mentadbir 22 bulan di bawah...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER