Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Perkuat Semangat Patriotik Dengan Tolak Perasuah – Presiden PVPNM

Kongsikan Artikel Ini

PORT DICKSON, 31 Ogos – Gejala rasuah yang makin membarah menuntut seluruh rakyat Malaysia bersatu-padu menolak pemimpin sedemikian dengan memperkuat semangat patriotik sempena menyambut hari kemerdekaan negara ke-65 yang diraikan di seluruh negara hari ini.

Presiden Pertubuhan Veteran Perwira Negara Malaysia (PVPNM), Halim Khomiza berkata, golongan ini wajar ditolak oleh rakyat yang cintakan negara kerana sekiranya perasuah tidak dibenteras, maka erti kemerdekaan sebenar tidak akan tercapai malah negara menuju kehancuran.

Sambil mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan ke-65, beliau menambah, rasuah yang menjadi barah kepada negara ini hanya akan terhapus setelah jerung-jerung yang terlibat telah dihadapkan ke mahkamah.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia.

“Selagi perasuah tidak di benteras maka erti kemerdekaan sebenar tidak akan tercapai malah negara menuju kehancuran.

“Semoga hari kemerdekaan akan terus memperkuatkan semangat patriotik dan jati diri di kalangan rakyat Malaysia.

“Rasuah yang menjadi barah kepada negara ini terhapus dan jerung- jerung yang terlibat telah dihadap ke mahkamah,” katanya menerusi hantaran di platform media sosial Twitter hari ini.

Indeks Persepsi Rasuah yang dikeluarkan Transparency International Malaysia (TI-Malaysia) menunjukkan trend penurunan ketara sejak kerajaan rakyat Pakatan Harapan (PH) dijatuhkan menerusi Langkah Sheraton pada Februari 2020 sehingga kini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 25 Sep – Pakatan Harapan (PH) tidak akan membuka pintu rundingan dengan mana-mana parti daripada Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKANGAR, 25 Sep – Mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan memanggil Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam keadaan paling sesuai dengan mengambil kira...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 25 Sep – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, akar umbi parti itu boleh menjadi “lemah semangat” jika Pakatan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 24 Sep – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) sukar melakukan reformasi ketika mentadbir 22 bulan di bawah...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER