Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

PH Tak Bodoh Untuk Kerjasama Dengan PN – Rafizi

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Menjelang sambutan kemerdekaan negara ke-65 esok, suhu politik negara makin panas dengan kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin bahawa penolakan Rafizi Ramli untuk Pakatan Harapan (PH) bekerjasama dengan gabungan itu sebagai ‘sekadar pandangan peribadi’ disambut dengan sinis Timbalan Presiden KEADILAN itu.

Rafizi berkata, Muhyiddin seolah-olah lebih mengetahui keputusan yang dibuat oleh Majis Presiden PH berbanding dirinya yang juga ahli majlis tersebut

“Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin meremehkan kenyataan saya bahawa PH telah membuat keputusan untuk tidak menjalankan kerjasama dengan PN.


“Katanya itu pendapat peribadi saya, bukan keputusan PH. Yang jadi Timbalan Presiden KEADILAN duduk dalam Majlis Presiden PH adalah saya. Yang tahu apa keputusan PH dia.

“Ada beberapa perangai pimpinan-pimpinan dalam PN yang masih belum dicuci sepenuhnya walaupun mereka mahu memimpin negara,” sindir Rafizi.

Beliau berkata, pemimpin PN pakar dalam aspek rundingan ‘pintu belakang’ dan tidak menghormati pendirian rasmi parti lain.

Kumpulan itu, katanya, percaya mereka boleh berurusan dengan watak-watak tertentu yang mempunyai berkepentingan yang sama.

“Mereka bangga dengan budaya runding belakang yang membelakangi parti-parti lain ini kerana budaya inilah yang membolehkan Muhyiddin jadi Perdana Menteri.

Punca kepada segala masalah di Malaysia – AZMIN ALI

“Mereka tidak hormat soal mandat, soal pilihan rakyat atau pilihan akar umbi parti. Mereka tidak hormat demokrasi.

“Keputusan untuk memberi noktah kepada sebarang perbincangan bekerjasama dengan PN ini ialah keputusan Majlis Presiden PH yang terakhir,” ujar Rafizi.

Beliau turut menyindir Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali; Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohd Redzuan Md Yusof.

Katanya, watak-watak tersebut telah mengundang kekecewaan rakyat terhadap PH.

“Azmin Ali gagal sebagai menteri ekonomi, sumbangan terbesar Redzuan Yusof hanyalah idea kereta terbang. Sehingga sekarang PH dipersalahkan atas kebodohan idea watak-watak PPBM yang kini berada dalam PN.

“Seorang lagi watak PN, Rina Harun dilantik menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar yang mengawal agensi-agensi penting yang sepatutnya boleh mengubah kehidupan rakyat di desa.


“Sehingga sekarang, tidak ada sebarang idea baru yang pernah diketengahkan Rina Harun. Yang hanya berubah penampilan Rina Harun, rakyat desa hidupnya sama,” kata Rafizi.

Rafizi menegaskan, PH tidak bodoh untuk menerima PN kerana beliau percaya kerjasama itu hanya untuk kepentingan peribadi dan kuasa pemimpin PN dan bukannya untuk kepentingan negara.

Media sebelum ini melaporkan, Muhyiddin menyifatkan kenyataan Rafizi menolak sebarang bentuk kerjasama dengan gabungan itu sebagai ‘sekadar pandangan peribadi’.

Beliau yang juga presiden Bersatu berkata, gesaan supaya semua pimpinan parti pembangkang mempertimbang membuka semula pintu rundingan berdasarkan kepada kebimbangan disuarakan rakyat ketika ini, jauh sekali demi kepentingan politik gabungan itu.

Ternyata, bidasan Rafizi mendapat sokongan penuh penyokong PH yang menyifatkan Muhyiddin ibarat ‘hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong’.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKANGAR, 25 Sep – Mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan memanggil Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam keadaan paling sesuai dengan mengambil kira...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 25 Sep – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, akar umbi parti itu boleh menjadi “lemah semangat” jika Pakatan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 24 Sep – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) sukar melakukan reformasi ketika mentadbir 22 bulan di bawah...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 23 Sep – Presiden Umno yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dibebaskan daripada 40 tuduhan menerima suapan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER