Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Korea Selatan Potong Gaji Penjawat Awam

Kongsikan Artikel Ini

SEOUL, 30 Ogos – Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck-soo, berkata terdapat keperluan untuk mengurangkan gaji penjawat awam demi menangani inflasi, lapor agensi berita Yonhap.

“Penjawat awam harus membenarkan gaji mereka dipotong untuk mengukuhkan dasar fiskal,” kata Duck-soo ketika persidangan di Parlimen.

Apabila kadar inflasi yang melambung tinggi datang dari kedua-dua bahagian penawaran dan permintaan, beliau menegaskan: “Setiap orang perlu mengorbankan bahagian mereka”.

Menteri Kewangan Choo Kyung-ho menggesa firma swasta untuk mengelakkan daripada menaikkan gaji secara berlebihan, memberi amaran bahawa kenaikan gaji sedemikian boleh mencetuskan inflasi.

Ditanya mengenai kenyataan Kyung-ho, Duck-soo berkata kerajaan berada dalam ‘kedudukan sukar’ dan meminta firma swasta menyertai langkah mengurangkan inflasi.

Harga pengguna meningkat pada kadar terpantas dalam tempoh hampir 24 tahun pada Julai disebabkan harga tenaga dan makanan yang tinggi.

Harga pengguna melonjak 6.3 peratus bulan lepas berbanding tahun sebelumnya, meningkat daripada enam peratus pada Jun, menurut data kerajaan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPHNOM PENH, 22 Sep – Mahkamah jenayah perang Khmer Rouge yang disokong Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) di Kemboja bersetuju mengekalkan sabitan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Sep – Pemimpin seluruh dunia mengecam tindakan Presiden Vladimir Putin yang mengarahkan kerahan tentera ke Ukraine serta memberi amaran bahawa...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniYANGON, 21 Sep – Junta hari ini memberi amaran kepada orang awam di Myanmar supaya tidak menunjukkan sokongan moral kepada kumpulan penentang...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniMEXICO CITY, 20 Sep – Ia sepatutnya hanya latihan, namun siapa sangka kejadian sebenar berlaku. Itulah yang berlaku ke atas penduduk bandar...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER