Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

Azmin Sebenarnya Yang Jelas Tikam Belakang KEADILAN Dan PH

Kongsikan Artikel Ini

KENYATAAN MEDIA

AZMIN JELAS TIKAM BELAKANG KEADILAN & PH

1. Saya terpanggil untuk memberikan sedikit teguran dan peringatan kepada Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pemuda BERSATU, Sdr Harris Idaham Rashid berkenaan satu artikel yang disiarkan oleh akhbar portal Malaysiakini berkaitan tajuk ‘Azmin Tikam Belakang’.

2. Sudah menjadi rahsia umum, saya berani mengatakan Azmin Ali dan mereka yang terlibat dalam usaha menjatuhkan kerajaan persekutuan Pakatan Harapan bukan sahaja menikam belakang kami dalam KEADILAN, bahkan menikam belakang rakyat yang memilih untuk menjatuhkan kerajaan UMNO BN secara demokratik.


3. Suka saya mengingatkan Sdr Harris, Sdr Azmin dan konco konconya, yang memilih untuk mengkhianati amanah rakyat dan beliaulah juga yang memilih untuk memulakan perbalahan bukan sahaja dengan Sdr Rafizi Ramli tetapi dengan keseluruhan anggota KEADILAN. Mana mungkin kerajaan PH akan jatuh sendiri sekiranya perbalahan ini tidak dimulakan oleh Sdr Azmin sendiri.

4. Sdr Azmin harus ingat pada perjanjian sebelum PRU ke 14. Siapa yang sepatutnya akan diangkat sebagai PM ke 8 selepas Tun Mahathir? Siapa yang berjanji untuk memecah tembok penjara untuk bebaskan Sdr Anwar Ibrahim dari penjara? Jadi, ke mana pergi janji-janji itu semua?

5. Nasihat saya pada Sdr Harris, jangan mengampu sangat bos kamu itu yang masih berangan angan untuk menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri. Ayu, turun ke gelanggang PRU ke 15, pertahan kerusi parlimen Gombak melawan KEADILAN kalau benar benar anak jantan. Janji Allah itu pasti. Tiap-tiap orang yang khianat ada balasannya.

Naquib Roseli
Ahli Majlis Pimpinan Negeri Johor
Ketua Cabang KEADILAN Sri Gading

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 24 Sep – Anwar Ibrahim menempelak penyokong Najib Razak kerana menyamakan rawatannya ketika di penjara dengan bekas perdana menteri itu. Pada...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 22 Sep – Sebagai tindak balas untuk mempertahankan Najib Razak yang kini disahkan dirawat di Pusat Rehabilitasi Cheras atau HRC, media...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 22 Sep – 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗘𝗗𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗚𝗘𝗥𝗔 – 𝗗𝗪𝗜𝗕𝗔𝗛𝗔𝗦𝗔 𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 | 𝟮𝟮 𝗦𝗲𝗽𝘁 𝟮𝟬𝟮𝟮 𝟱𝗚 – 𝗔𝗽𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗜𝗻𝘁𝗶𝗽𝗮𝘁𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗷𝗮𝗻𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 21 Sep – Jabatan Penjara Malaysia akhirnya mengesahkan banduan Najib Razak kini menerima rawatan dan pemantauan lanjut di Hospital Rehabilitasi Cheras...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER