Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

TERKINI – Rafizi Umum Laporan Polis Serentak Di Seluruh Negara Ke Atas Abd Latiff

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Laporan polis besar-besaran akan dibuat terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Abd Latiff Ahmad susulan namanya didakwa terlibat dengan isu skandal kapal tempur pesisir (LCS) dalam laporan forensik dalaman Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC).

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Rafizi Ramli menerusi akaun Twitternya pada pagi Isnin.

“Pagi ini Pengarah Strategik KEADILAN, Akmal Nasir (Akmal Nasrullah Mohd Nasir) akan membuat laporan polis supaya Abd Latiff disiasat setelah laporan forensik LCS menamakannya.

“Laporan oleh veteran tentera dan anggota Keadilan seluruh negara akan menyusul,” ciap Rafizi di Twitternya pada Isnin.

Laporan polis tersebut dilakukan oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Akmal Nasir pada jam 11 pagi tadi di Balai Polis Dang Wangi.

Rafizi sebelum ini mendedahkan mendakwa bahawa Abd Latiff dinamakan sebagai suami kepada Zainab Mohd Salleh yang didakwa menyeleweng dana RM9 bilion untuk projek LCS.

Hal tersebut dimaklumkan menerusi hasil audit forensik yang dilakukan BHIC terhadap penghantaran lewat LCS yang bernilai RM9 bilion serta penglibatan Ahli Parlimen Mersing itu sebagai pengarah syarikat berkenaan.

Selain itu, audit forensik tersebut menyenaraikan pegangan saham Zainab dalam empat syarikat termasuk yang berdaftar di Malta dan Labuan.

Rafizi dalam pendedahan terbaharunya mendakwa, dua syarikat palsu yang terlibat dalam skandal penyelewengan projek LCS dimiliki oleh isteri kepada salah seorang menteri kabinet ketika ini.


Beliau berkata, kewujudan kedua-dua syarikat berstatus syarikat pesisir luar pantai (offshore) menggunakan nama Alizes Marine tetapi didaftarkan di dua negara berbeza itu terbongkar melalui siasatan dalaman LCS dan semakan lanjut yang dilakukannya.

Rafizi juga mencabar supaya saman dikemukakan kepadanya serta-merta terhadap dirinya jika semua dakwaan yang dikaitkan dengan Ahli Parlimen Mersing dan isterinya dalam penyelewengan projek kapal tersebut tidak benar susulan penafian dari beliau tentang hal ini.

Bagaimanapun, Abd Latiff menafikan bahawa individu bernama Zainab Mohd Salleh yang didakwa terlibat dalam skandal projek LCS merupakan isterinya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 23 Sep – Presiden Umno yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dibebaskan daripada 40 tuduhan menerima suapan...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Sep – Saman syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Mohd. Irwan Serigar Abdullah dan bekas...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 21 Sep – Bekas setiausaha akhbar Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi diasak bertalu-talu oleh pihak pendakwaan semasa disoal balas mengenai...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniMELAKA, 20 Sep – Seorang pengarah sebuah universiti awam di Melaka, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki menerima suapan sebuah...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER