Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Umno Silap Percaturan Guna Sentimen Simpati Najib, Takkan Menang PRU15

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Strategi Umno menggunakan sentimen bekas perdana menteri Najib Abdul Razak yang dipenjara untuk meraih undi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak akan berhasil, malah boleh disifatkan silap.

Seorang pemimpin KEADILAN berkata hanya segelintir ahli-ahli Umno masih percaya bahawa kes Najib tidak dibicarakan secara adil.

“Kita semua tahu Umno kalah pada PRU14 kerana Najib melibatkan isu 1MDB.

“Kini, Umno cuba menang balik PRU15 dengan menggunakan sentimen Najib sebagai modal.

“Ini tidak akan berhasil. Malah, strategi ini tidak dapat sambutan daripada pemimpin parti sendiri,” katanya pada satu kenyataan media hari ini.

Beliau merujuk kepada ketidakhadiran beberapa pemimpin utama Umno dan BN ke Taklimat Khas Presiden Umno di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), semalam.


Semalam, Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap pada majlis taklimat khas itu menyokong petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon pengampunan diraja untuk Najib yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Zahid juga berkata tulisan Facebook Najib perlu dijadikan bacaan untuk terus ditanda suka dan dikongsi oleh ahli parti.

“Ia adalah senjata Umno dan perlu digilap dan digunakan sentiasa.

“Jadikan pemikiran dan semangat tulisan ini sebagai senjata hidup Umno untuk terus memerangi musuh-musuh politik kita.” kata Zahid.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob tidak hadir majlis taklimat itu atas alasan mempunyai urusan rasmi di Bera, Pahang.

Selain Ismail Sabri, beberapa pemimpin utama Umno lain juga tidak hadir, antaranya Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa serta veteran parti Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz, Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman.

Beberapa menteri, timbalan menteri serta pemimpin-pemimpin utama parti komponen BN juga tidak hadir ke majlis tersebut.

Tambahnya, strategi Umno ini mungkin berkesan di kawasan luar bandar.

“Namun, yang itu pun masih belum pasti.

“Dinamik politik tanah air semakin berubah selepas PRN Johor dan Melaka. Ini diakui sendiri oleh Timbalan Presiden (Mohamad Hasan) parti itu bahawa kemenangan PRN bukan jaminan BN akan menang besar dalam PRU15.

“Saya juga sebagai ketua cabang menerima banyak maklum balas bahawa ramai setuju dengan keputusan Najib dipenjara.

“Pada akhirnya keadilan ditegakkan, tidak kira apa pun,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 25 Sep – Pakatan Harapan (PH) tidak akan membuka pintu rundingan dengan mana-mana parti daripada Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKANGAR, 25 Sep – Mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan memanggil Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam keadaan paling sesuai dengan mengambil kira...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 25 Sep – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, akar umbi parti itu boleh menjadi “lemah semangat” jika Pakatan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 24 Sep – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) sukar melakukan reformasi ketika mentadbir 22 bulan di bawah...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER