Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Kuwait Adakan Pilihan Raya Mengejut 29 September Ini

Kongsikan Artikel Ini

KUWAIT CITY, 28 Ogos – Kuwait akan mengadakan pilihan raya Parlimen secara mengejut pada 29 September, lapor agensi berita negara, KUNA selepas Putera Mahkota negara Teluk itu membubarkan Parlimen dalam usaha menyelesaikan perselisihan politik antara kerajaan dan badan perundangan yang dipilih.

Putera Mahkota, Sheikh Meshal al-Ahmad al-Sabah yang memikul sebahagian besar tugas emir pemerintah, mengeluarkan dekri meminta pengundi memilih barisan kepemimpinan baharu bagi mengisi 50 kerusi Parlimen pada 29 September.

Sheikh Meshal membubarkan Parlimen awal bulan ini dengan berkata politik negara dicemari perselisihan faham dan kepentingan peribadi sehingga menjejaskan negara sekutu Amerika Syarikat (AS) itu dan pengeluar minyak OPEC.

Beliau membuat langkah itu berikutan bantahan puluhan Ahli Parlimen yang mendesak Putera Mahkota untuk melantik kepemimpinan baharu kerajaan.

Krisis politik itu menyaksikan penangguhan kelulusan belanjawan untuk tahun fiskal 2022/2023 dan reformasi ekonomi lain.

Bajet yang perlu diundi sebelum November menetapkan perbelanjaan pada 23.65 bilion dinar atau AS$77.2 bilion (RM344.9 bilion) berbanding 23.48 bilion untuk bajet 2021/2022.

Kestabilan politik di Kuwait secara tradisinya bergantung kepada kerjasama antara kerajaan dan Parlimen.

Kuwait mengharamkan parti politik tetapi memberikan pengaruh yang lebih besar kepada badan perundangannya berbanding monarki Teluk yang lain.

Kebuntuan antara kerajaan Kuwait dan Parlimen sering membawa kepada rombakan Kabinet dan pembubaran badan perundangan selama beberapa dekad, menghalang pelaburan dan pembaharuan. Kali terakhir Parlimen dibubarkan pada 2016.

– REUTERS

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPHNOM PENH, 22 Sep – Mahkamah jenayah perang Khmer Rouge yang disokong Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) di Kemboja bersetuju mengekalkan sabitan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Sep – Pemimpin seluruh dunia mengecam tindakan Presiden Vladimir Putin yang mengarahkan kerahan tentera ke Ukraine serta memberi amaran bahawa...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniYANGON, 21 Sep – Junta hari ini memberi amaran kepada orang awam di Myanmar supaya tidak menunjukkan sokongan moral kepada kumpulan penentang...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniMEXICO CITY, 20 Sep – Ia sepatutnya hanya latihan, namun siapa sangka kejadian sebenar berlaku. Itulah yang berlaku ke atas penduduk bandar...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER