Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

Umno Tak Perlu Emosi Bila Najib Dipenjara, Sekarang Masa Terbaik Kukuhkan Solidariti Terhadap ‘Poster Boy’

KUALA LUMPUR, 19 Mac -- Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kanan) menyambut tangan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kiri) selepas ucapan penangguhan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021, yang bermula Rabu lepas di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.
 --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
Kongsikan Artikel Ini

PENDAPAT, 26 Ogos – Apa yang semua orang, khususnya kelompok tertentu dalam UMNO dan penyokong Najib Razak harus sedar ialah isu melibatkan bekas Perdana Menteri itu yang kini dipenjarakan adalah persoalan berkaitan undang-undang.

Ia bermakna penjara yang menjadi destinasinya sekarang ialah kerana ada undang-undang telah dilanggar, kemudian beliau dihadapkan kepada pengadilan undang-undang dan seterusnya dimuktamadkan keputusan berdasarkan undang-undang.

Asas mudahnya, jika tiada undang-undang telah dilanggar, maka tiadalah proses mahkamah harus dilakukan dan tiada sesiapa juga perlu disabitkan dengan kesalahan.

Meski pelbagai pihak dilihat cuba mempertikaikan keputusan mahkamah terhadap Najib itu, perkara pokok yang tidak dinafikan ialah ada kemasukan RM42 juta daripada dana SRC International ke dalam akaun bank peribadi beliau dan kemudian wang itu telah dibelanjakannya.

Sebagai rakyat yang patuh kepada undang-undang, melihat fakta penting itu, semua kita tiada pilihan lain melainkan harus akur dan menerima keputusan mahkamah yang telah dibuat berdasarkan undang-undang itu dengan penuh keredaan serta ketabahan.

Jangan terlalu emosi menghadapinya sehingga ke peringkat mahu membakar kelambu yang sedang didiami.

Sebab itu, lontaran kenyataan Ahli MT UMNO, Dr. Puad Zarkashi yang menggesa agar kedudukan Ismail Sabri Yaakob sebagai “poster boy” BN digugurkan berikutan keputusan mahkamah terhadap Najib adalah tidak wajar serta jauh tersasar.

Apa kena-mengena Ismail Sabri sebagai “poster boy” BN dan keperluan mengubah kesiap-siagaan BN dalam menghadapi PRU15 dengan keputusan mahkamah terhadap Najib?

Bukankah UMNO sepatutnya berbangga kerana di sebalik pelbagai desakan dan tekanan terhadapnya, parti itu sebenarnya sedang mempunyai pemimpin sebagai Perdana Menteri yang tetap kekal stabil jiwa serta pendiriannya dan tidak mahu campurtangan dalam proses mahkamah?

Cuba bayangkan, apa pandangan dan persepsi buruk rakyat kepada UMNO jika Ismail Sabri didapati telah campurtangan dalam urusan mahkamah?

Bagaimana kemudiannya UMNO dan BN akan berdepan dengan undi rakyat dalam PRU15 yang bakal menjelang?

Untuk itu, kedudukan Ismail Sabri seharusnya dibanggai oleh UMNO kerana ini akan memberi kelebihan untuk memenangi PRU15 dan bukan mahu menggugurkannya sebagai “poster boy”.

Selain tidak harus emosi dan berbangga kerana memiliki Perdana Menteri yang tidak campurtangan dalam urusan mahkamah, UMNO juga sepatutnya memanfaatkan keadaan di sebalik Najib dipenjarakan ini untuk mengukuhkan perpaduan serta memantapkan solidariti kepada “poster boy” yang telah ditetapkan dan diyakini mampu membawa kemenangan itu.

Lagi pula, kalau mahu ditukar, dalam peringkat ini, siapa calon penggantinya dan tidakkah dengan menukar “poster boy” di saat-saat akhir tidak ubah ibarat menukar striker utama dalam permainan bolasepak yang sudah di penghujung minit perlawanan?

Begitu juga dengan saranan Dr. Puad agar logo BN saja diletakkan sebagai “poster boy” turut tidak masuk akal dan benar-benar merupakan lawak antarabangsa daripada seorang pemimpin yang bergelar “Dr” di belakang namanya.

Sementara sudah memiliki pemimpin sendiri sebagai Perdana Menteri, parti yang tiada calon Perdana Menteri adalah parti yang tiada keyakinan untuk menang serta dilihat rakyat memiliki pemimpin berkelayakan untuk diketengahkan.

Apakah begitu wajah UMNO dan siapakah yang mahu memberi undi kepada parti yang tiada calon Perdana Menteri?

– ShahbudinHusin

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 24 Sep – Anwar Ibrahim menempelak penyokong Najib Razak kerana menyamakan rawatannya ketika di penjara dengan bekas perdana menteri itu. Pada...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 22 Sep – Sebagai tindak balas untuk mempertahankan Najib Razak yang kini disahkan dirawat di Pusat Rehabilitasi Cheras atau HRC, media...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 22 Sep – 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗘𝗗𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗚𝗘𝗥𝗔 – 𝗗𝗪𝗜𝗕𝗔𝗛𝗔𝗦𝗔 𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 | 𝟮𝟮 𝗦𝗲𝗽𝘁 𝟮𝟬𝟮𝟮 𝟱𝗚 – 𝗔𝗽𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗜𝗻𝘁𝗶𝗽𝗮𝘁𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗷𝗮𝗻𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 21 Sep – Jabatan Penjara Malaysia akhirnya mengesahkan banduan Najib Razak kini menerima rawatan dan pemantauan lanjut di Hospital Rehabilitasi Cheras...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER