Sukan

Liverpool Dapat Laluan Mudah, Pertembungan Bayern, Barcelona Dinanti

Kongsikan Artikel Ini

ISTANBUL, 26 Ogos – Finalis tahun lalu, Liverpool akan berdepan Ajax Amsterdam, Napoli dan Glasgow Rangers dalam Kumpulan A manakala juara bertahan, Real Madrid akan menentang Celtic selain RB Leipzig dan Shakhtar Donetsk dalam Kumpulan F.

Ia adalah musim ketiga berturut-turut Real dan Shakhtar diletakkan dalam kumpulan sama.

Bayern Munich diletakkan dalam kumpulan yang sama dengan pasukan disertai Robert Lewandowski, Barcelona pada majlis undian peringkat kumpulan Liga Juara-Juara UEFA di Istanbul.

Erling Haaland pula akan berdepan bekas kelabnya ketika Manchester City berada dalam kumpulan sama dengan Borussia Dortmund.

Bayern dan Barcelona juga akan menentang Inter Milan dalam Kumpulan C yang dilengkapkan dengan kehadiran juara Republik Czech, Viktoria Plzen.

Bayern menewaskan Barcelona 8-2 dalam suku akhir di Lisbon pada 2020, manakala kelab Catalan itu juga tewas 3-0 sebanyak dua kali kepada kelab Jerman itu musim lalu ketika mereka tersingkir pada peringkat kumpulan.

Lewandowski, 34, ke Barcelona pada penutup musim dengan nilainya boleh bertambah kepada 50 juta euro (RM222.97 juta) selepas meledak 344 gol dalam lapan tahun di Bayern.

Berikut undian peringkat kumpulan Liga Juara-Juara UEFA 2022/23 berlangsung di Istanbul awal pagi tadi:

Kumpulan A: Ajax (NED), Liverpool (ENG), Napoli (ITA), Rangers (SCO)

Kumpulan B: FC Porto (POR), Atletico Madrid (ESP), Bayer Leverkusen (GER), Club Brugge (BEL)

Kumpulan C: Bayern Munich (GER), Barcelona (ESP), Inter Milan (ITA), Viktoria Plzen (CZE)

Kumpulan D: Eintracht Frankfurt (GER), Tottenham Hotspur (ENG), Sporting (POR), Marseille (FRA)

Kumpulan E: AC Milan (ITA), Chelsea (ENG), Red Bull Salzburg (AUT), Dinamo Zagreb (CRO)

Kumpulan F: Real Madrid (ESP), RB Leipzig (GER), Shakhtar Donetsk (UKR), Celtic (SCO)

Kumpulan G: Manchester City (ENG), Sevilla (ESP), Borussia Dortmund (GER), FC Copenhagen (DEN)

Kumpulan H: Paris Saint-Germain (FRA), Juventus (ITA), Benfica (POR), Maccabi Haifa (ISR)

Tarikh perlawanan:

Perlawanan 1: 6-7 September

Perlawanan 2: 13-14 September

Perlawanan 3: 4-5 Oktober

Perlawanan 4: 11-12 Oktober

Perlawanan 5: 25-26 Oktober

Perlawanan 6: 1-2 November

– AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniBIRMINGHAM, 7 Nov – Erik ten Hag menganggap kekalahan 3-1 Manchester United kendaliannya di tangan Aston Villa adalah sesuatu yang tidak boleh...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 2 Nov – Liverpool menamatkan deretan 21 perlawanan tanpa kalah Napoli tetapi tidak cukup untuk memintas pendahulu Kumpulan A Liga Juara-Juara...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 31 Okt – Reiss Nelson tampil cemerlang ketika membantu Arsenal kembali menerajui Liga Perdana Inggeris (PL) dengan membelasah Nottingham Forest 5-0....

Sukan

Kongsikan Artikel IniAMSTERDAM, 27 Okt – Liverpool mengesahkan tiket ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara (UCL) selepas tiga jaringan pantas memastikan Reds selesa membenam...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER

Exit mobile version