Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

PBM Sah Tak Bertanding Di Sarawak, Kedudukan Larry Sng Jadi Tanda Tanya

Kongsikan Artikel Ini

KUCHING, 25 Ogos – Parti Bangsa Malaysia (PBM) mengesahkan tidak meletakkan calon di Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ahli Parlimen Ampang yang juga Presiden menanti parti itu, Zuraida Kamaruddin berkata, keputusan itu dibuat kerana pihaknya akan menyertai Barisan Nasional (BN).

“Kami masih menunggu kelulusan selepas permohonan sudah dimajukan untuk menyertai BN.

“BN tiada di Sarawak, bermakna PBM tidak akan meletakkan calon di negeri ini pada PRU-15,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pelancaran produk lada hitam di sini, hari ini.

Kenyataan Zuraida itu sekali gus menimbulkan tanda tanya berhubung kedudukan Presiden PBM yang juga Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien, pada PRU-15.

Larry memenangi kerusi Parlimen Julau ketika bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau menewaskan penyandang kerusi itu Joseph Salang Gandum dengan majoriti 1,931 undi.

Sejurus memenangi kerusi itu, beliau kemudian menyertai KEADILAN pada 2018 dan dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) pada 2020.

Beliau kemudiannya meletak jawatan dan keluar daripada KEADILAN pada 28 Februari 2021 dan menjadi Ahli Parlimen Bebas yang menyokong Perdana Menteri ketika itu, Muhyiddin Yassin.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 25 Sep – Pakatan Harapan (PH) tidak akan membuka pintu rundingan dengan mana-mana parti daripada Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKANGAR, 25 Sep – Mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan memanggil Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam keadaan paling sesuai dengan mengambil kira...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 25 Sep – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, akar umbi parti itu boleh menjadi “lemah semangat” jika Pakatan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 24 Sep – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) sukar melakukan reformasi ketika mentadbir 22 bulan di bawah...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER