Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

Maklumat Gred A Maklumkan Hanya 73 Ketua Bahagian Umno Hadir

KUALA LUMPUR 22 OGOS 2022 - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika hadir mesyuarat tergempar melibatkan Presiden dan Timbalan Presiden serta Ketua-Ketua Bahagian UMNO di Menara Dato Onn di sini, hari ini.I
Kongsikan Artikel Ini

PENDAPAT, 24 Ogos – Sebagaimana dilaporkan semalam, banyak media yang menyebut seramai 158 Ketua UMNO Bahagian hadir dalam perjumpaan mengejut di WTCKL yang digerakkan oleh Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.

Kutipan angka 158 itu bagaimanapun jika diimbas kembali, adalah daripada makluman yang disebut oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Jamal Md Yunos kepada media yang menemubualnya.

Sehingga ke pagi tadi, termasuk artikel saya yang terdahulu, angka 158 itulah yang dianggap sebagai jumlah kehadiran yang rasmi.

Tetapi, angka 158 itu sebenarnya tidak benar dan bohong sama sekali.

Ini berdasarkan maklumat Gred A yang sangat boleh dipercayai yang sampai kepada saya sebelum tengahari tadi.

Maklumat itu memaklumkan hanya 73 orang Ketua UMNO Bahagian saja yang hadir dalam perjumpaan dengan Presiden UMNO di WTCKL semalam.

Daripada 73 orang itu pula, 50 orang saja hadir pada perjumpaan sebelah pagi yang bermula jam 11.00 pagi sebelum itu ditangguhkan untuk memberi laluan kepada Zahid Hamidi pergi ke mahkamah.

Seramai 23 Ketua Bahagian lagi hadir pada sebelah petang setelah Zahid Hamidi kembali daripada perbicaraan di mahkamah.

Oleh kerana jumlah UMNO bahagian seluruh negara ialah 191, dengan 73 Ketua Bahagian saja yang hadir, ia bermakna daripada segi peratusan kehadirannya cuma merangkumi 38.2 peratus.

38.2 peratus juga bererti tidak sampai separuh Ketua UMNO Bahagian yang hadir.

Dalam perjumpaan itu turut tiada kata sepakat berjaya diputuskan yang menyetujui agar pilihan raya diadakan dengan segera.

Sekali lagi, maklumat berkenaan kononnya majoriti Ketua-Ketua Bahagian setuju PRU15 diadakan dengan segera adalah semata-mata bersandarkan kenyataan Jamal kepada media.

Ramai Ketua UMNO Bahagian yang hadir sebenarnya tidak tahu dan tidak diberitahu tujuan sebenar perjumpaan itu lantaran jemputan dilakukan pada jam 11.15 malam hari Ahad.

Pada hakikatnya, selain hanya 38.2 peratus saja Ketua UMNO Bahagian yang hadir, tiada persetujuan majoriti diperolehi untuk mendesak agar Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob agar membubarkan Parlimen dengan segera.

Makna kata, baik dari segi kehadiran dan persetujuan untuk mendesak PRU15 diadakan dengan segera, kedua-duanya gagal memperolehi keputusan majoriti.

Lebih mudah lagi nak faham, tiada majoriti bermakna kalah dan tidak laku sama sekali desakan tersebut.

– ShahbudinHusin

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 24 Sep – Anwar Ibrahim menempelak penyokong Najib Razak kerana menyamakan rawatannya ketika di penjara dengan bekas perdana menteri itu. Pada...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 22 Sep – Sebagai tindak balas untuk mempertahankan Najib Razak yang kini disahkan dirawat di Pusat Rehabilitasi Cheras atau HRC, media...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 22 Sep – 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗘𝗗𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗚𝗘𝗥𝗔 – 𝗗𝗪𝗜𝗕𝗔𝗛𝗔𝗦𝗔 𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 | 𝟮𝟮 𝗦𝗲𝗽𝘁 𝟮𝟬𝟮𝟮 𝟱𝗚 – 𝗔𝗽𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗜𝗻𝘁𝗶𝗽𝗮𝘁𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗷𝗮𝗻𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 21 Sep – Jabatan Penjara Malaysia akhirnya mengesahkan banduan Najib Razak kini menerima rawatan dan pemantauan lanjut di Hospital Rehabilitasi Cheras...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER