Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Ketua Umno Mula Desak Ismail Sabri Bubar Segera Parlimen

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Ketua Bahagian UMNO seluruh negara sebulat suara meminta Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan segera.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Jamal Md Yunos, berkata hasrat itu disampaikan dalam pertemuan tergempar antara mereka dengan Presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi, di ibu pejabat UMNO di Menara Dato Onn, di sini, hari ini.

Terdahulu, berdasarkan satu jemputan, Presiden dan timbalannya, Mohamad Hasan, meminta semua ketua bahagian hadir ke satu pertemuan khas berhubung perkara penting demi masa depan parti.

Jemputan pertemuan segera dan diletakkan sebagai mustahak itu dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan, pada kira-kira jam 11.15 malam tadi.

“Pertemuan segera dan mustahak. Yang Berbahagia Datuk Presiden dan Timbalan Presiden UMNO meminta agar Ketua-ketua UMNO Bahagian hadir ke satu pertemuan khas berhubung satu perkara yang sangat penting demi masa depan parti yang mesti disegerakan seperti ketetapan berikut.

“Tarikh: Isnin 22/8/22. Masa 11 pagi. Tempat Tingkat 39 Menara Dato Onn PWTC KL. Atas kehadiran dan keprihatinan semua, terlebih dahulu dirakamkan ucapan terima kasih,” katanya.

Ini bermakna pemimpin Umno yang sedang dalam perbicaraan malah sedang menanti rayuan akhir yang sebenarnya terdesak mahu PRU-15 diadakan segera bagi mengelak mereka daripada dipenjarakan dalam masa terdekat.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKANGAR, 25 Sep – Mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan memanggil Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam keadaan paling sesuai dengan mengambil kira...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 25 Sep – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, akar umbi parti itu boleh menjadi “lemah semangat” jika Pakatan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 24 Sep – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) sukar melakukan reformasi ketika mentadbir 22 bulan di bawah...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 23 Sep – Presiden Umno yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dibebaskan daripada 40 tuduhan menerima suapan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER