Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

KEADILAN Tumpu Pertahan, Rampas Kerusi Marginal

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 22 Ogos – Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan memberikan tumpuan khusus kepada kerusi-kerusi marginal atau yang merekodkan majoriti tipis, sama ada Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ini ditegaskan Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Aminuddin Harun yang berkata, tumpuan itu bukan hanya membabitkan kerusi yang dimenangi secara marginal, malah turut membabitkan kerusi yang memperlihatkan parti tewas secara tipis.

“Kita melihat itu (kerusi marginal) harus diberikan perhatian…tumpuan bukan sahaja kepada kerusi yang menang, tetapi yang kita kalah pun ada di kerusi-kerusi yang marginal.


“Kita akan lihat keseluruhan keputusan (PRU-14) di semua kerusi terbabit dan bergerak serta menyusun strategi bagi mencapai kemenangan pada PRU-15 akan datang,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Hospital Mesra Ibadah (HMI) Peringkat Negeri Sembilan di Klana Resort di sini, hari ini.

Dalam laporan media sebelum ini, Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli mengakui parti itu berdepan persaingan sengit dan rumit bagi kerusi kawasan majoriti pengundi Melayu pada PRU-15.

Rafizi dilaporkan berkata, penilaian mendapati kebanyakan kerusi dikuasai KEADILAN ketika ini berada dalam kelompok majoriti tipis atau marginal dan keputusannya boleh memihak kepada sesiapa pun.

Sementara itu, Aminuddin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, berkata Rafizi yang juga bertindak selaku Pengarah Pilihan Raya Pusat KEADILAN akan memberikan pengkhususan dan arahan kepada jentera parti terhadap perkara berkenaan.


“Ini untuk memastikan kawasan yang kita menang tipis dapat dipertahankan dan dalam masa sama kerusi yang kita kalah sedikit itu dapat kita menang pada pilihan raya nanti,” katanya.

Mengenai program pendekatan Trak Ayuh Malaysia yang dilancarkan Rafizi pada Isnin di Kuala Lumpur, Aminuddin berkata pihaknya yakin program berkenaan akan melonjakkan momentum terhadap parti itu di seluruh negara.

Beliau berkata, program itu bagi peringkat Negeri Sembilan akan diadakan di perkarangan Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi pada 28 Ogos ini.

“Saya yakin program ini akan memberi impak positif dalam persiapan kita menghadapi PRU-15,” katanya.

Ikuti platform media sosial rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan seperti berikut:

Facebook: https://fb.com/dsaminuddinharun

Twitter: https://twitter.com/MenteriBesarNS

Instagram: https://instagram.com/dsaminuddinharun

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER