Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Singapura Mansuh Jenayah Seks Antara Lelaki, Bakal Undang Kemurkaan Tuhan

Kongsikan Artikel Ini

SINGAPURA, 21 Ogos – Singapura akan memansuhkan jenayah seks antara lelaki, kata Perdana Menteri, Lee Hsien Loong hari ini, sambil menambah masyarakat di negara itu semakin menerima golongan gay.

Bagaimanapun, beliau menambah, kerajaan tidak berhasrat untuk mengubah takrifan undang-undang perkahwinan di negara terbabit iaitu antara lelaki dan wanita.

“Saya percaya ini adalah perkara yang betul untuk dilakukan dan sesuatu yang kini diterima oleh kebanyakan rakyat Singapura,” katanya ketika berucap pada himpunan tahunan sempena Hari Kebangsaan Singapura.

Beliau berkata, kerajaan akan memansuhkan Seksyen 377A kanun keseksaan, sebuah undang-undang era kolonial yang menjenayahkan hubungan seks antara lelaki.

“Biarpun kami memansuhkan Seksyen 377A, kami akan menegakkan dan melindungi institusi perkahwinan.

“Di bawah undang-undang, hanya perkahwinan antara seorang lelaki dan seorang wanita yang diiktiraf di Singapura,” katanya.

Apabila dilaksanakan kelak, maka tunggulah kemurkaan daripada Tuhan yang melarang hubungam sejenis sama ada lelaki dengan lelaki atau wanita dengan wanita.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPHNOM PENH, 22 Sep – Mahkamah jenayah perang Khmer Rouge yang disokong Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) di Kemboja bersetuju mengekalkan sabitan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Sep – Pemimpin seluruh dunia mengecam tindakan Presiden Vladimir Putin yang mengarahkan kerahan tentera ke Ukraine serta memberi amaran bahawa...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniYANGON, 21 Sep – Junta hari ini memberi amaran kepada orang awam di Myanmar supaya tidak menunjukkan sokongan moral kepada kumpulan penentang...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniMEXICO CITY, 20 Sep – Ia sepatutnya hanya latihan, namun siapa sangka kejadian sebenar berlaku. Itulah yang berlaku ke atas penduduk bandar...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER