Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Hujan Berterusan Sebabkan Banjir, Korbankan 33 Nyawa Di Pakistan

Kongsikan Artikel Ini

KARACHI, 20 Ogos – Banjir dan hujan yang berlarutan di Pakistan telah meragut 33 lagi nyawa sejak dua hari lalu selain turut menenggelamkan sebahagian besar kawasan, menghanyutkan infrastruktur serta mencetuskan tanah runtuh.

Beratus-ratus ribu penduduk di wilayah Gilgit-Baltistan dan Kashmir yang ditadbir Pakistan turut terjejas, lapor Agensi Anadolu, memetik pihak berkuasa pada Sabtu.

Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara sejak 14 Jun lalu lebih 650 orang telah terkorban, 215 daripadanya dilaporkan di barat daya Balochistan.

Dalam tempoh 24 jam lalu, ribuan orang terkandas di selatan Sindh, Balochistan dan wilayah Punjab selepas banjir menenggelamkan ratusan kampung, tanah ladang serta menghanyutkan rumah, memusnahkan jalan raya dan jambatan.

Di Sindh hujan berterusan selama hampir 28 jam menyebabkan 20 orang terbunuh, lapor ARY News.

Korban turut dilaporkan di Balochistan, Punjab, Kashmir yang ditadbir oleh Pakistan dan Gilgit-Baltistan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPHNOM PENH, 22 Sep – Mahkamah jenayah perang Khmer Rouge yang disokong Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) di Kemboja bersetuju mengekalkan sabitan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Sep – Pemimpin seluruh dunia mengecam tindakan Presiden Vladimir Putin yang mengarahkan kerahan tentera ke Ukraine serta memberi amaran bahawa...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniYANGON, 21 Sep – Junta hari ini memberi amaran kepada orang awam di Myanmar supaya tidak menunjukkan sokongan moral kepada kumpulan penentang...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniMEXICO CITY, 20 Sep – Ia sepatutnya hanya latihan, namun siapa sangka kejadian sebenar berlaku. Itulah yang berlaku ke atas penduduk bandar...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER