Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

Umno Patut Lupakan Najib, Lebih Baik Kukuhkan Solidariti Dengan ‘Poster Boy’ BN

Kongsikan Artikel Ini

PENDAPAT, 19 Ogos – Semalam, sebaik Mahkamah Persekutuan memberikan tamparan berganda terhadap Najib Razak dengan menolak dua permohonannya dalam proses rayuan akhir kes rasuah SRC International, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi lantas mahu seluruh anggota parti agar bersolidariti dengan bekas Perdana Menteri itu.

Beliau yang sedang berdepan 87 kes mahkamah dan kini turut dikaitkan dengan skandal kapal perang LCS berkata, akar umbi UMNO dan BN harus terus bersama Najib tidak kira susah atau senang.

“Kita bukan kacang lupakan kulit,” ujarnya lagi.

Mahkamah tertinggi dalam negara semalam menolak permohonan Najib untuk mengemukakan “bukti baru” serta tidak membenarkan pendengaran kes rayuan utama ditangguhkan lagi sehingga tiga ke empat bulan.

Hari ini permohonan peguam Najib, Hisyam Teh Poh Teik untuk menarik diri juga ditolak oleh lima hakim Mahkamah Persekutuan.

Dengan itu, proses rayuan tetap diteruskan seperti dijadualkan, cuma Hisham memaklumkan beliau akan memberi penghujahannya secara bertulis.

Lantaran itu, oleh kerana hujahan peguambela Najib selepas ini dipercayai banyak bergantung kepada hujah di Mahkamah Rayuan sebelum ini, siapa pun tentunya dapat menjangka laluan di depan adalah sukar buat bekas Presiden UMNO itu.

Kata orang, selain hanya menghitung hari, pilihan lain juga hampir tiada lagi.

Makanya, jika semalam lagi ada yang mempertikaikan ajakan solidariti oleh Zahid Hamidi itu, perkembangan mutakhir ini jelas menjadikan seruan bersolidariti itu tidak relevan sama sekali.

UMNO tidak perlu bersolidariti lagi dengan Najib kerana PRU15 sudah terlalu dekat dan bersolidariti memenangi pilihan raya jauh lebih mustahak lagi.

Sebab itu, UMNO sejak dulu lagi memutuskan mana-mana pemimpinnya yang ada kes mahkamah hendaklah melepaskan jawatan agar parti tidak terpalit dengan kes yang mereka hadapi.

Apabila melepaskan jawatan, UMNO boleh menjarakkan diri daripada kekotoran yang pemimpinnya hadapi.

Malangnya, apa yang diputuskan UMNO itu tidak lagi menjadi amalan sekarang ini.

Selain Zahid Hamidi masih kekal mengetuai UMNO di sebalik banyak hari-hari dilaluinya dipenuhi dengan turun naik mahkamah, Najib pula masih kekal sebagai Ketua UMNO Pekan, biar pun melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO selepas BN tumbang pada 2018.

Begitu pun, bersama kes-kes mahkamah yang dihadapinya itu, Najib dilantik pula sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN.

Akhirnya, apabila kes mahkamah dihadapinya sampai ke peringkat seperti sekarang, bukankah parti juga yang berdepan masalah?

Sepatutnya, dengan tarikh PRU15 semakin hampir dan kemenangan begitu mustahak untuk digapai, semua pihak harus membiarkan saja kes beliau itu dimuktamadkan oleh mahkamah.

Mencari kemenangan untuk parti jauh lebih mustahak daripada terus mempertahankan individu.

Lupakan saja Najib, lebih baik utamakan masa depan parti.

Kalau mahu juga bersolidariti di peringkat ini, tunjukkanlah solidariti sekukuhnya kepada “poster boy” BN Ismail Sabri Yaakob yang merupakan Perdana Menteri pilihan UMNO sendiri.

Bersolidariti menguatkan kedudukan Perdana Menteri setidak-tidaknya mampu menyumbang kepada kemenangan dalam PRU15 yang hampir tiba, tetapi solidariti kepada Najib yang bakal ke penjara, apa tujuannya dan apa destinasi akhir yang ingin dikejar?

– ShahbudinHusin

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 24 Sep – Anwar Ibrahim menempelak penyokong Najib Razak kerana menyamakan rawatannya ketika di penjara dengan bekas perdana menteri itu. Pada...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 22 Sep – Sebagai tindak balas untuk mempertahankan Najib Razak yang kini disahkan dirawat di Pusat Rehabilitasi Cheras atau HRC, media...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 22 Sep – 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗘𝗗𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗚𝗘𝗥𝗔 – 𝗗𝗪𝗜𝗕𝗔𝗛𝗔𝗦𝗔 𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 | 𝟮𝟮 𝗦𝗲𝗽𝘁 𝟮𝟬𝟮𝟮 𝟱𝗚 – 𝗔𝗽𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗜𝗻𝘁𝗶𝗽𝗮𝘁𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗷𝗮𝗻𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 21 Sep – Jabatan Penjara Malaysia akhirnya mengesahkan banduan Najib Razak kini menerima rawatan dan pemantauan lanjut di Hospital Rehabilitasi Cheras...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER