Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

Kawalan Najib Atas SRC Tidak Terhad Kepada RM42 Juta – Pendakwaraya

PUTRAJAYA, 14 April -- Timbalan Pendakwa Raya Datuk V. Sithambaram (kiri) hadir di Mahkamah Rayuan hari ini. Mahkamah Rayuan hari ini mendengar rayuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung sabitan dan hukuman berkaitan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International. Pada 28 Julai tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhi Najib hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan, pecah amanah dan pengubahan wang haram, serta 12 tahun penjara dan denda RM210 juta atau lima tahun penjara bagi satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan. Bagaimanapun beliau hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 12 tahun berikutan hakim memerintahkan kesemua hukuman tersebut berjalan serentak. Najib, 67, pada masa ini bebas dengan ikat jamin RM2 juta berserta dua penjamin sementara menunggu kes rayuan ini selesai. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA
Kongsikan Artikel Ini

PUTRAJAYA, 18 Ogos – Kawalan Najib Razak dalam SRC International Sdn Bhd membolehkan beliau mengakses kepada sebarang jumlah dana syarikat itu pada bila-bila masa, malah tidak terhad kepada RM42 juta sahaja.

Penubuhan SRC adalah pelan yang disengajakan dan dirancang dengan teliti atas arahan Najib untuk meneruskan rancangan berterusannya menyalahgunakan dana syarikat itu bagi keuntungan peribadinya.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan, V Sithambaram, dalam hujahannya berkata, matlamat itu tercapai apabila wang berjumlah RM42 juta milik SRC dipindahkan ke dalam akaun Najib.

Beliau berkata, bukti yang dikemukakan pada perbicaraan menunjukkan rancangan bekas Presiden UMNO itu yang sudah difikirkan dengan sebaiknya untuk menubuhkan SRC bagi mendapatkan dana bagi faedah peribadinya.

Katanya, hakim perbicaraan membuat kesimpulan yang betul bahawa skim yang dirancang oleh Najib menunjukkan perancangan untuk melakukan perbuatan rasuah bagi kepentingan peribadinya melalui penerimaan suapan.

“Hakim menilai dengan betul keterangan dan menyimpulkan empat perkara penting mengenai mengapa kepentingan Perayu adalah berleluasa sepanjang skim ini, iaitu kepentingan peribadi untuk menggunakan SRC bagi faedahnya dengan menggunakan kedudukan untuk mengekalkan kawalan menyeluruh terhadap SRC.

“Begitu juga penyertaan pada mesyuarat Kabinet yang meluluskan Jaminan Kerajaan (GG) dan menyebabkan pengeluaran yang cepat dan sepenuhnya untuk mendapat akses yang lebih besar kepada dana dalam syarikat itu.

“Selain itu, motivasi untuk mengambil bahagian dalam mesyuarat Kabinet adalah bagi mewujudkan akses kepada semua dana SRC, termasuk RM42 juta.

“Penerimaan dana itu secara langsung disebabkan oleh penyertaan perayu dalam mesyuarat Kabinet. Ia rasuah yang diterima atas usaha mendapatkan GG daripada Kerajaan Malaysia untuk pinjaman yang diperoleh oleh SRC daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP),” katanya.

Hujahan di hadapan panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat bersambung esok.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 25 Sep – Pakatan Harapan (PH) tidak akan membuka pintu rundingan dengan mana-mana parti daripada Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKANGAR, 25 Sep – Mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan memanggil Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam keadaan paling sesuai dengan mengambil kira...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 25 Sep – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, akar umbi parti itu boleh menjadi “lemah semangat” jika Pakatan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 24 Sep – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) sukar melakukan reformasi ketika mentadbir 22 bulan di bawah...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER