Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Isteri Bekas TYT Melaka Meninggal Dunia

Kongsikan Artikel Ini

MELAKA, 18 Ogos – Isteri kepada bekas Tuan Yang Terutama (TYT), Yang di-Pertua Negeri Melaka, Mohd Khalil Yaakob iaitu Zurina Kassim, 78, meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, jam 10.10 pagi hari ini.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Syed Daniel Syed Ahmad dalam satu kenyataan memaklumkan, majlis penghormatan terakhir dijangka diadakan di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, 3.30 petang ini.

Upacara pengebumian pula akan diadakan di Makam Pahlawan, Masjid Al-Azim, Bukit Palah di sini selepas solat Asar, hari ini.

Zurina dilahirkan di Duyong, Melaka pada 13 Julai 1944.

Allahyarham mendirikan rumah tangga dengan Mohd Khalil pada 28 Februari 1965 dan dikurniakan tiga anak.

Allahyarham mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru sebelum bersekolah di Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur.

Beliau kemudiannya ke luar negara selama 13 tahun bersama suami yang dilantik sebagai diplomat.

Ketika Mohd Khalil dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka, Allahyarham turut memainkan peranan dalam aspek kebajikan, termasuk menubuhkan Yayasan Toh Puan Zurina di Pantai Peringgit, di sini untuk membantu pesakit buah pinggang menjalani rawatan susulan hemodialisis pada November 2009.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 25 Sep – Pakatan Harapan (PH) tidak akan membuka pintu rundingan dengan mana-mana parti daripada Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKANGAR, 25 Sep – Mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan memanggil Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam keadaan paling sesuai dengan mengambil kira...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 25 Sep – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, akar umbi parti itu boleh menjadi “lemah semangat” jika Pakatan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 24 Sep – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) sukar melakukan reformasi ketika mentadbir 22 bulan di bawah...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER