Sukan

Salah Derma £130 Ribu Kepada…

Kongsikan Artikel Ini

LIVERPOOL, 17 Ogos – Penyerang sensasi Liga Perdana Inggeris (PL), Mohamed Salah mendermakan £130,000 (RM703,279) untuk membantu pembinaan semula sebuah gereja di Mesir yang terbakar dan mengorbankan 41 orang.

Gereja Abu Seifein yang terletak di bandar Giza, terbakar Ahad lalu.

Dan Salah bertindak segera dengan media tempatan mengesahkan dia sudah mendermakan wang yang banyak kepada gereja itu.

Tindakan itu mendapat pujian menyeluruh daripada rakyat Mesir di media sosial.

Ini bukanlah kali pertama dia mengeluarkan wang dari poket sendiri untuk membantu negaranya.

Pada 2019, dia mendermakan £2.48 juta (RM13.42 juta) buat Institut Kanser Nasional Mesir selepas kumpulan pengganas membunuh 20 orang.

Dia juga menyumbang peralatan bernilai lebih £500,000 (RM2.7 juta) kepada hospital kanser kanak-kanak di negaranya.

Dan dia bukan hanya terkenal dengan sifat pemurah di Mesir.

Ketika pandemik COVID-19 dua tahun lalu, Salah turut membayar minyak kenderaan untuk sebahagian penyokong di Liverpool.

Pada Jun, The Sunday Times meletakkan Salah sebagai individu kelapan paling banyak menderma untuk tujuan kebajikan di UK.

– AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniBIRMINGHAM, 7 Nov – Erik ten Hag menganggap kekalahan 3-1 Manchester United kendaliannya di tangan Aston Villa adalah sesuatu yang tidak boleh...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 2 Nov – Liverpool menamatkan deretan 21 perlawanan tanpa kalah Napoli tetapi tidak cukup untuk memintas pendahulu Kumpulan A Liga Juara-Juara...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 31 Okt – Reiss Nelson tampil cemerlang ketika membantu Arsenal kembali menerajui Liga Perdana Inggeris (PL) dengan membelasah Nottingham Forest 5-0....

Sukan

Kongsikan Artikel IniAMSTERDAM, 27 Okt – Liverpool mengesahkan tiket ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara (UCL) selepas tiga jaringan pantas memastikan Reds selesa membenam...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER

Exit mobile version