Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

Aminuddin Yakin YNS Mampu Jana Pendapatan Terus Bantu Rakyat Negeri Sembilan

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 17 Ogos – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun menzahirkan keyakinannya dengan kemampuan Yayasan Negeri Sembilan (YNS) terus menjana pendapatan dan keuntungan berganda melalui pelbagai aktivitinya termasuk pelaburan dan sumbangan derma.

Keyakinan beliau dizahirkan berkat urus tadbir dan semangat pembaharuan yang didokong yayasan itu yang menyalurkan kembali keuntungan yang diperoleh menerusi pembiayaan pendidikan serta pelbagai inisiatif bagi membantu anak-anak negeri terutamanya dari aspek pendidikan.

“Berkat urus tadbir yang baik dan semangat pembaharuan yang didokong, pihak Yayasan Negeri Sembilan (YNS) diyakini mampu terus menjana pendapatan dan keuntungan berganda melalui pelbagai aktivitinya termasuk pelaburan dan sumbangan derma.

“Kesemua hasil ini akan dipulangkan semula kepada rakyat Negeri Sembilan dalam bentuk pembiayaan pendidikan serta pelbagai inisiatif bagi membantu anak-anak negeri terutamanya dari aspek pendidikan,” ujarnya pada Selasa.


Beliau berkata demikian dalam satu majlis siri penyerahan sumbangan telah berlangsung yang mampu memperkukuhkan kewangan YNS menjalankan fungsi utamanya.

Antara para penyumbang utama pada majlis tersebut ialah Negeri Roadstone Sdn. Bhd. (NRSB) yang menyerahkan cek sumbangan derma berjumlah RM1 juta kepada Aminuddin mewakili YNS.


Turut menyerahkan cek sumbangan derma kepada Aminuddin ialah daripada Tan Sri Dato’ Sri Haji Esa Haji Mohamed, Pengerusi Eksekutif Prop Development Sdn. Bhd.

Selain itu, Prop Development Sdn. Bhd. turut menyerahkan tujuh buah unit lot kedai dan pejabat kepada YNS bagi menjalankan aktiviti ekonomi kepada masyarakat serta YNS Event Management Sdn. Bhd. menyerahkan dividen sebanyak RM50 ribu bagi menambah jumlah sumbangan yayasan ini.


Aminuddin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan menzahirkan rasa terima kasih kepada para dermawan dan beliau berharap lebih ramai para dermawan tampil untuk membuat sumbangan kepada pihak Yayasan bagi memanfaatkan insentif di bawah Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan.

Khabar gembira turut diumumkan Aminuddin apabila YNS telah dibenarkan beroperasi di bawah seksyen tersebut yang membolehkan penyumbang yang menyalurkan sebarang bentuk sumbangan atau derma secara tunai boleh mendapat pengecualian cukai.


“Mewakili Yayasan Negeri Sembilan, saya mengucapkan terima kasih kepada para dermawan. Saya berharap lebih ramai para dermawan tampil untuk membuat sumbangan kepada pihak Yayasan bagi memanfaatkan Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan.

“Untuk makluman, pada tahun ini YNS telah dibenarkan beroperasi di bawah seksyen tersebut yang membolehkan penyumbang yang menyalurkan sebarang bentuk sumbangan atau derma secara tunai boleh mendapat pengecualian cukai,” tambahnya.


Pada majlis sama, Aminuddin turut menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kumpulan Akademi Yayasan Negeri Sembilan (KAYNS) dengan Akademi Bina Malaysia (ABM), sebuah agensi di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

“Kerjasama ini dibentuk dengan objektif untuk memberikan latihan kemahiran dalam bidang pembinaan dan juga meningkatkan kebolehpasaran peserta dalam industri pembinaan.


“Setiap peserta yang menamatkan kursus dengan jayanya akan mendapat 2 sijil iaitu Sijil Pencapaian dan Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) CIDB,” tambah beliau.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, graduan yang menamatkan pengajian akan dibantu untuk mendapatkan pekerjaan dalam bidang yang dipelajari. Pihak Akademi Bina Malaysia (ABM) Wilayah Tengah akan bekerjasama untuk mendapatkan majikan yang akan mengambil peserta ini.


“Besarlah harapan saya agar kerjasama pintar ini akan membuahkan hasil yang diharapkan, Insya-Allah,” tambahnya.

Ikuti platform media sosial rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan seperti berikut:

Facebook: https://fb.com/dsaminuddinharun

Twitter: https://twitter.com/MenteriBesarNS

Instagram: https://instagram.com/dsaminuddinharun

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 24 Sep – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan terus mencatat sejarah tersendiri apabila menerima Sijil Audit Negara pada hari yang...

Negeri

Kongsikan Artikel IniREMBAU, 23 Sep – “Kali terakhir seorang Menteri Besar menjejakkan kaki ke kampung ini adalah pada 45 tahun lalu”. Itulah ayat pertama...

Negeri

Kongsikan Artikel IniBATU PAHAT, 23 Sep – Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di negeri ini, membabitkan daerah ini dan juga Pontian setakat...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 21 Sep – Berita baik buat semua penyokong Pakatan Harapan (PH) apabila rundingan kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER