Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

‘Masa Untuk Najib ‘Putar Alam’ Sudah Tamat’

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Tindakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Rafizi Ramli mempersoalkan sikap bekas Perdana Menteri, Najib Razak yang cukup pantas dan cekap dalam membuat kenyataan mengenai apa-apa isu di Facebook (FB) namun sebaliknya di mahkamah langsung tidak tahu apa-apa, seolah menambah garam pada luka yang semakin besar di tangan bekas Presiden UMNO itu.

“Di FB tangkas dalam 3 jam, di mahkamah kalau boleh 30 tahun pun lagi mahu dipanjangkan,” ujarnya menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau berkata, perbicaraan Najib di mahkamah pada hari ini merupakan keadaan yang terbaik buat bekas Perdana Menteri itu melampirkan segala hujah dan fakta.

“Inilah tempat terbaik untuk Datuk Seri Najib Razak membentangkan fakta, bukannya di Facebook seperti yang dia buat selama ini.

“Di mahkamah ada peraturan yang mengatur penghujahan kita mengikut undang-undang, supaya kita tidak boleh berbohong dan putar alam ikut suka kita,” ujarnya.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN bagi Wilayah Persekutuan dan negeri Johor sebelum ini pernah membongkar skandal kewangan kerajaan bermula National Feedlot Corporation (NFC), 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tabung Haji (TH), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Najib menghadapi prosiding rayuan sabitan hukuman dan denda yang dikenakan terhadapnya berhubung penyelewengan dana syarikat SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta di Mahkamah Persekutuan bermula Isnin.

Najib yang tiba di mahkamah dengan memakai sut hitam, ditemani ahli keluarga, rakan dan penyokongnya.

Hadir sama ialah peguam utama, Hisyam Teh Poh Teik dan peguam bersama Liew Teck Huat serta M Rueben.

Rafizi berkata, tindakan Najib memainkan sentimen Melayu apabila dirinya ‘terkantoi’ di Mahkamah dan memfitnah Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali terpalit dengan salah laku rasuah sebagai tindakan yang keji.

“Memfitnah saya dengan pelbagai tuduhan yang direka, itu boleh diterima kerana saya ahli politik.

“Memfitnah Datuk Nazlan, anak Melayu terbilang yang mewakili jati diri orang Melayu, yang dihormati rakyat pelbagai kaum, adalah satu perbuatan terkutuk, “ ujar beliau lagi.

Beliau sekali lagi mendoakan agar hakim-hakim-hakim yang jujur dan adil dilindungi Allah.

“Sama-sama kita doakan supaya hakim-hakim yang jujur dipermudahkan urusan mereka dan kebenaran ditegakkan di negara ini,” katanya lagi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 25 Sep – Pakatan Harapan (PH) tidak akan membuka pintu rundingan dengan mana-mana parti daripada Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKANGAR, 25 Sep – Mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan memanggil Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam keadaan paling sesuai dengan mengambil kira...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 25 Sep – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, akar umbi parti itu boleh menjadi “lemah semangat” jika Pakatan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 24 Sep – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) sukar melakukan reformasi ketika mentadbir 22 bulan di bawah...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER