Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

Mahkamah Persekutuan Tolak Bukti Baharu Najib

Kongsikan Artikel Ini

PUTRAJAYA, 16 Ogos – Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak permohonan pasukan pembelaan bekas Presiden Umno Najib Tun Razak untuk memasukkan bukti baharu, berkaitan rayuan berhubung SRC International Sdn Bhd.

Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat, ketika membacakan keputusan itu berkata, kesemua usul pembelaan, yang diketuai Hisyam Teh Poh Teik, mempunyai objektif untuk mewujudkan keraguan terhadap hakim perbicaraan itu iaitu Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Bagaimanapun, katanya lagi, panel lima hakim yang beliau pengerusikan, sebulat suara bersetuju bahawa kesemua usul tersebut adalah tidak relevan dengan pertuduhan asal ke atas bekas Perdana Menteri itu, iaitu kemasukan dana RM42 juta ke dalam dua akaun peribadi beliau.

Bukti tambahan yang ingin dikemukakan Najib adalah berkaitan penemuan baru-baru ini bahawa hakim perbicaraan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali pada 2006 adalah peguam dan setiausaha syarikat bagi Kumpulan Maybank, yang mempunyai tanggungjawab keseluruhan untuk pengurusan dan pentadbiran semua jabatan undang-undang dalam keseluruhan kumpulan.

Semasa menyampaikan keputusan mahkamah, Tengku Maimun berkata tiada kaitan antara pekerjaan Mohd Nazlan di bank sebelum ini dengan pertuduhan Najib, justeru beliau memerintahkan supaya rayuan utama diteruskan.

Panel hakim terdiri daripada Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Abang Iskandar Abang Hashim serta Hakim Mahkamah Persekutuan, Nallini Pathmanathan, Mary Lim Thiam Suan dan Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKANGAR, 25 Sep – Mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan memanggil Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam keadaan paling sesuai dengan mengambil kira...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 25 Sep – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, akar umbi parti itu boleh menjadi “lemah semangat” jika Pakatan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 24 Sep – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) sukar melakukan reformasi ketika mentadbir 22 bulan di bawah...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 23 Sep – Presiden Umno yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dibebaskan daripada 40 tuduhan menerima suapan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER