Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

‘Kami Masih Kekal Dengan SOP Sedia Ada’

Kongsikan Artikel Ini

SINGAPURA, 13 Ogos – Singapura buat masa sekarang memaklumkan tiada rancangan untuk melonggarkan lagi peraturan COVID-19, termasuk berkaitan penggunaan pelitup muka di ruang tertutup, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Antara lain, MOH juga berkata mengumumkan kelmarin bahawa sekatan peraturan keselamatan sedia ada akan diteruskan, walaupun jangkitan gelombang terkini sudah mencecah bilangan tertinggi dalam beberapa minggu ini.

Seorang jurucakap MOH berkata bilangan kes kini menurun tetapi masih mencecah angka yang tinggi dan menimbulkan risiko.

“MOH akan terus mengemaskini pendekatan dan peraturan yang berkaitan berdasarkan perkembangan semasa penularan wabak coronavirus,” katanya.

Terdapat 7,776 kes COVID-19 yang dilaporkan kelmarin di Singapura, merosot daripada 16,870 kes yang dilaporkan pada 13 Julai, kadar tertinggi dalam gelombang COVID-19 yang terkini.

Sebahagian besar kes itu adalah akibat varian Omicron BA.4 dan BA.5.

Terdapat juga beberapa pakar yang baru-baru ini mencadangkan bahawa mungkin tidak perlu lagi untuk menggunakan pelitup muka di kawasan tertutup.

Naib Dekan pengajian di Sekolah Saw Swee Hock di Universiti Nasional Singapura (NUS), Prof Madya Cook, mempersoalkan faedah meneruskan penguatkuasaan penggunaan pelitup muka.

“Dengan lebih 90 peratus penduduk sudah divaksin dan lebih separuh sudah dijangkiti, tiada sebab untuk membendung virus terbabit. Justeru, ia tidak perlu untuk diteruskan,” katanya.

Namun, pakar pemodelan penyakit berjangkit Alex Cook, berkata penggunaan pelitup mengurangkan risiko jangkitan dalam kalangan pesakit tidak bergejala.

“Bagi yang dijangkiti COVID-19, mereka harus terus menggunakan pelitup muka semasa berinteraksi dengan orang lain,” katanya.

Pada Mac lalu, penggunaan pelitup muka di kawasan tidak tertutup tidak diwajibkan apabila sekatan peraturan dilonggarkan.

Dalam pada itu, terdapat negara yang mengalami lonjakan kes COVID-19 dan mereka digalakkan untuk menggunakan pelitup muka.

Di Australia, negeri Victoria pada Selasa lalu mengagihkan pelitup muka N95 percuma dalam beberapa minggu ini, ketika berada di tengah-tengah gelombang Omicron.

Di ibu negara India, New Delhi, pihak berkuasa berkata penggunaan pelitup muka akan diwajibkan di kawasan awam selepas jangkitan COVID-19 meningkat di beberapa tempat umum sejak beberapa minggu kebelakangan.

– AGENSI

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniKYIV, 25 Sep – Ukraine dan Russia saling tuduh menuduh mengenai serangan ke atas orang awam di selatan Ukraine, ketika Russia terus...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPHNOM PENH, 22 Sep – Mahkamah jenayah perang Khmer Rouge yang disokong Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) di Kemboja bersetuju mengekalkan sabitan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Sep – Pemimpin seluruh dunia mengecam tindakan Presiden Vladimir Putin yang mengarahkan kerahan tentera ke Ukraine serta memberi amaran bahawa...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniYANGON, 21 Sep – Junta hari ini memberi amaran kepada orang awam di Myanmar supaya tidak menunjukkan sokongan moral kepada kumpulan penentang...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER