Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

China Keluar Amaran Tahap Merah

Kongsikan Artikel Ini

BEIJING, 13 Ogos – Balai cerap China pada Sabtu mengeluarkan amaran tahap merah susulan cuaca panas terik yang melanda kebanyakan wilayah di negara ini.

Tahap amaran itu adalah yang tertinggi daripada empat peringkat amaran.

Pada Sabtu, wilayah Shaanxi, Sichuan, Chongqing, Henan, Hubei, Shandong, Anhui, Jiangsu, Shanghai, Zhejiang, Fujian, Jiangxi, Hunan, Guizhou, Xinjiang dan Inner Mongolia diramal mengalami suhu 35 hingga 39 darjah Celsius pada siang hari, menurut Pusat Meteorologi Kebangsaan, lapor Xinhua.

Sementara itu di wilayah Shaanxi, Sichuan, Chongqing, Hubei, Hunan, Jiangxi, Anhui, Jiangsu, Shanghai dan Zhejiang suhu mungkin melebihi 40 atau 42 darjah Celsius.

Pihak berkuasa tempatan dinasihatkan mengambil langkah berwaspada, menangguhkan kerja-kerja di kawasan terbuka dan menumpukan kepada langkah pencegahan kebakaran serta melindungi kumpulan rentan.

– Bernama

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPHNOM PENH, 22 Sep – Mahkamah jenayah perang Khmer Rouge yang disokong Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) di Kemboja bersetuju mengekalkan sabitan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Sep – Pemimpin seluruh dunia mengecam tindakan Presiden Vladimir Putin yang mengarahkan kerahan tentera ke Ukraine serta memberi amaran bahawa...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniYANGON, 21 Sep – Junta hari ini memberi amaran kepada orang awam di Myanmar supaya tidak menunjukkan sokongan moral kepada kumpulan penentang...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniMEXICO CITY, 20 Sep – Ia sepatutnya hanya latihan, namun siapa sangka kejadian sebenar berlaku. Itulah yang berlaku ke atas penduduk bandar...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER