Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Makin Ramai Tinggalkan Hong Kong Kerana…

Kongsikan Artikel Ini

HONG KONG, 12 Ogos – Wilayah Khas Hong Kong kini berdepan dengan krisis terbaharu yang tidak disangka-sangka mampu menggugat kedudukan mereka selaku salah satu pusat kewangan utama di dunia.

Penduduk Hong Kong kini berkurangan ke tahap terendah susulan ramai rakyat negara itu lari daripada sekatan COVID-19 yang terlalu ketat hingga menyebabkan bandar itu lumpuh, berbanding kebanyakan negara yang mula keluar daripada pandemik itu.

Jumlah penduduk bandar itu susut sebanyak 121,500 orang setakat 30 Jun lalu, meninggalkan penduduk Hong Kong berjumlah 7.29 juta, menurut data yang diterbitkan semalam.

Ia menyaksikan penduduk Hong Kong berkurangan 1.6 peratus, penurunan selama tiga tahun berturut-turut dan yang terbesar dalam tempoh 60 tahun, antaranya turut disebabkan oleh undang-undang ketat ‘mengawal’ keselamatan bandar itu.

Jurucakap kerajaan berkata, kesan berterusan COVID-19, kawalan sempadan ketat dan kuarantin dilaksanakan di Hong Kong, China dan beberapa lokasi lain seluruh dunia menjadi puncanya.

Tambah beliau, ia menyebabkan gangguan perjalanan rentas sempadan yang teruk, hingga kemasukan individu ke Hong Kong kekal rendah ketika ini.

Hong Kong hanya mencatat penurunan kecil penduduk sejak 1961, antaranya jumlah penduduk bandar itu susut 0.2 peratus berikutan penularan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan protes terhadap undang-undang keselamatan antara 2002 hingga 2003.

Namun, pengurangan penduduk sejak akhir-akhir ini terus meningkat berikutan pelaksanaan ketat peraturan mengawal penularan pandemik di Hong Kong.

Bekas Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam, melaksanakan beberapa langkah kawalan penjarakan fizikal yang ketat tahun lalu dan mahu melakukan saringan besar-besaran terhadap semua penduduk, dengan pesakit COVID-19 diasingkan dalam kem kerajaan.

Saringan itu tidak berlaku, namun orang ramai tetap meninggalkan bandar itu selepas wujud larangan penerbangan ke beberapa negara termasuk Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK), berikutan kebimbangan keluarga mungkin terpisah akibat kuarantin.

Beberapa sekatan sudah ditamatkan ketika ini, namun Hong Kong masih mengekalkan tempoh kuarantin selama tiga hari di hotel bagi individu yang tiba dari luar bandar itu.

Selain itu, tindakan Hong Kong terhadap penentang pelaksanaan undang-undang keselamatan oleh Beijing pada Jun 2020, yang menimbulkan persoalan mengenai kerangka ‘satu negara, dua sistem’, dilihat turut menyumbang pada pengurangan penduduk.

Pihak berkuasa Hong Kong juga terus menggunakan pelbagai kaedah selain undang-undang keselamatan itu untuk mengekang hak penduduk Hong Kong.

Sekurang-kurangnya 30 individu ditahan kerana menghasut atau menerbitkan kenyataan atau bahan berbaur hasutan.

Awal tahun ini, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 40 bulan kepada individu pertama yang disabit kesalahan di bawah undang-undang hasutan era penjajah sejak Hong Kong diserahkan kembali kepada China.

Beberapa penduduk Hong Kong yang memiliki pasport asing atau berada di luar negara membuat keputusan untuk berpindah keluar, khususnya ke United Kingdom (UK), yang menawarkan kewarganegaraan kepada pemegang pasport Warga British (Luar Negara).

– AGENSI

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPHNOM PENH, 22 Sep – Mahkamah jenayah perang Khmer Rouge yang disokong Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) di Kemboja bersetuju mengekalkan sabitan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Sep – Pemimpin seluruh dunia mengecam tindakan Presiden Vladimir Putin yang mengarahkan kerahan tentera ke Ukraine serta memberi amaran bahawa...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniYANGON, 21 Sep – Junta hari ini memberi amaran kepada orang awam di Myanmar supaya tidak menunjukkan sokongan moral kepada kumpulan penentang...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniMEXICO CITY, 20 Sep – Ia sepatutnya hanya latihan, namun siapa sangka kejadian sebenar berlaku. Itulah yang berlaku ke atas penduduk bandar...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER