Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

Kes Babit Bekas Pegawai Polis Insiden ‘Rumah Najib’ Sedang Disiasat

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan bekas pegawai kanan polis membawa teman wanitanya, ketika serbuan berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di kediaman milik bekas Perdana Menteri, Najib Razak pada Mei 2018.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya berkata pihaknya menerima laporan polis pada 3.02 petang hari ini, membabitkan kenyataan yang dimuat naik di sebuah portal berita serta di laman Youtube.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, serta akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut apabila siasatan selesai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media hari ini melaporkan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Amar Singh Ishar Singh, menafikan dakwaan teman wanitanya hadir ketika serbuan tersebut dan membuat laporan polis berhubung perkara itu.

– BERNAMA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKANGAR, 25 Sep – Mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan memanggil Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam keadaan paling sesuai dengan mengambil kira...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 25 Sep – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, akar umbi parti itu boleh menjadi “lemah semangat” jika Pakatan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 24 Sep – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) sukar melakukan reformasi ketika mentadbir 22 bulan di bawah...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 23 Sep – Presiden Umno yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dibebaskan daripada 40 tuduhan menerima suapan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER