Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

‘Keldai Politik Dan Undi 18’

Kongsikan Artikel Ini

PENDAPAT, 12 Ogos – Pengundi baharu merupakan pengundi yang sangat kritikal pada masa ini. Dasar Undi 18, pengundi secara automatik dan pengundi atas pagar merupakan dasar baharu bagi sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang mempunyai kad pengenalan boleh mengundi secara automatik tanpa perlu mendaftar di pejabat pos atau pun di Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Tindakan kerajaan ini adalah suatu tindakan yang sangat baik bagi mengubah lanskap politik baharu yang lebih segar di Malaysia.

Namun, timbul persoalan sama ada pengundi baharu ini akan turun mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) atau tidak? Kita perhalusi satu-persatu.

Di Sarawak, peratusan keluar mengundi yang sangat rendah menyebabkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang ‘bersalin kulit’ macam ular menang mudah pada PRN lepas.

Walaupun pengundi secara automatik dan Undi 18 belum dilaksanakan pada ketika itu, masih juga timbul persoalan adakah mereka ini akan keluar mengundi?

Politik lama yang diamalkan oleh BN kemudian ‘dijenamakan semula’ dengan nama GPS adalah sebenarnya masih politik naungan.

Dasar politik mereka ditentukan dengan memegang atau menguasai kesemua Ketua Kaum, Ketua Masyarakat dan ketua-ketua bagi sektor awam yang mempunyai kedudukan yang tinggi.

Dengan menguasai orang-orang kuat di sesuatu masyarakat, maka mereka sudah tidak perlu untuk mencari tukang kempen. Ketua-ketua ini akan menabur segala janji yang ingin dilakukan oleh ahli politik GPS kepada semua rumah panjang, kawasan kampung malah rakan-rakan mereka yang punya kedudukan atau pengaruh.

Jika mereka Tuai Rumah, mereka mengharapkan projek RTP dan MRP daripada GPS. Mereka akan melakukan apa sahaja yang diminta oleh ahli politik GPS.

Apa sahaja program yang dilaksanakan oleh GPS, mereka hanya perlu ikut. Apabila mereka balik ke rumah panjang masing-masing mereka akan bawa cerita kepada semua ahli keluarga dan masyarakat setempat tentang kebaikan GPS dan memburukkan pembangkang.

Kalau mereka pegawai tinggi kerajaan, mereka akan sentiasa bercerita dengan ahli politik tentang cerita masa depan mereka dalam memberikan sokongan untuk naik dalam penjawatan.

Dengan itu, mereka juga akan menjadi ‘pak turut’ atau ‘keldai politik’ kepada ahli politik dari pihak kerajaan.

Mereka juga sama, selepas balik dari program ahli politik kerajaan mereka akan bercerita tentang kebaikan ahli politik ini kepada rakan-rakan mereka yang juga punya kedudukan dalam kerajaan dan juga akan sampai kepada semua ahli keluarga mereka di rumah panjang.

Doktrin sebegini akan menjadikan politik baharu sukar dilaksanakan. Politik yang bercerita tentang dasar kerajaan dan masa depan negara sangat punah dan gelap. Kerajaan GPS melalui ‘keldai politik’ inilah yang menguasai segenap lapisan masyarakat melalui wang dan kedudukan yang mereka ada tanpa berpijak di bumi yang nyata.

Bagaimana pula kita hendak melaksanakan politik baharu yang lebih segar walaupun telah wujud golongan Undi 18, pengundi secara automatik dan pengundi atas pagar jika ‘keldai-keldai politik’ ini masih terus berkeliaran di sana sini?

Apa yang lebih mustahak, Pakatan Harapan (PH) di Sarawak perlu mencari idea baharu untuk menangkis segala idea lapuk tanpa kaedah penggunaan ‘keldai-keldai politik’ seperti GPS jika mahu sebuah negara maju dijelmakan buat anak-anak muda ini.

Politik baharu bercerita tentang cita-cita serta aspirasi masa depan negara dan penerapan dasar-dasar kerajaan yang baik (good gorvenance) harus dilaksanakan.

Anak-anak muda ini diasuh agar membenci rasuah dan penyelewengan kuasa seawal usia darjah satu bagi mengingatkan mereka bahawa rasuah merupakan musuh utama negara dan bukannnya najis dadah, seperti doktrin lama acuan kerajaan sekarang.

Perdebatan ilmiah secara terbuka dan ceramah-ceramah politik secara berfokus bagi tujuan penerangan dasar-dasar ini perlu dilakukan secara meluas, dengan kadar segera.

Dengan perkembangan politik sebegini, tentunya pengundi baharu dan Undi 18 akan lebih tertarik mendengarnya, kerana golongan ini tidak terkesan dengan projek-projek yang dijanjikan sama ada kerajaan persekutuan atau ‘gula-gula’ daripada kerajaan negeri menerusi ‘keldai-keldai politik’ mereka lagi.

Mereka ini tertumpu kepada mencerna maklumat di media sosial, dan apa yang mereka mahu lihat bukan projek beratus juta tetapi ulasan dasar-dasar kerajaan oleh PH sendiri.

Apabila ada yang berminat mendengar makanya anak muda ini akan berkongsi dengan rakan-rakan di Facebook, berkongsi dan terus berkongsi sehingga semua lapisan masyarakat akan bersedia untuk memberikan undi kepada PH. MENYAKINI RAKYAT.

Yang kedua, PH perlu bersedia mengerahkan tenaga dan sumber bagi mencari dan mengangkat pemimpin baru yang lebih berwibawa. Pemimpin yang mempunyai kredibiliti dan berjiwa rakyat.

Dalam keadaan sekarang, kebanyakan pemimpin-pemimpin di peringkat lapisan pertengahan agak sukar untuk diangkat oleh PH kerana mereka dikawal oleh GPS.

Cukup dua kaedah ini yang mesti dilaksanakan bagi menarik minat anak muda Undi 18 dan ‘keldai-keldai politik’ ini pasti tidak boleh cari makan lagi.

Percayalah.

Jame Stephen ialah seorang aktivis di Bintulu yang mengkaji sosio ekonomi dan budaya setempat di Sarawak. Pandangannya tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Media Rania

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 24 Sep – Anwar Ibrahim menempelak penyokong Najib Razak kerana menyamakan rawatannya ketika di penjara dengan bekas perdana menteri itu. Pada...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 22 Sep – Sebagai tindak balas untuk mempertahankan Najib Razak yang kini disahkan dirawat di Pusat Rehabilitasi Cheras atau HRC, media...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 22 Sep – 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗘𝗗𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗚𝗘𝗥𝗔 – 𝗗𝗪𝗜𝗕𝗔𝗛𝗔𝗦𝗔 𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 | 𝟮𝟮 𝗦𝗲𝗽𝘁 𝟮𝟬𝟮𝟮 𝟱𝗚 – 𝗔𝗽𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗜𝗻𝘁𝗶𝗽𝗮𝘁𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗷𝗮𝗻𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 21 Sep – Jabatan Penjara Malaysia akhirnya mengesahkan banduan Najib Razak kini menerima rawatan dan pemantauan lanjut di Hospital Rehabilitasi Cheras...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER