Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Pejabat Peguam Negara New York Mula Siasat Trump

Kongsikan Artikel Ini

NEW YORK, 11 Ogos – Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump tiba di pejabat Peguam Negara New York untuk disoal siasat.

Perkembangan itu menyusul beberapa hari selepas Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menyerbu kediaman mewahnya di Mar-A-Lago pada Isnin dan memecah masuk peti besinya.

Siasatan ke atas Trump itu dilakukan secara bersumpah dengan diketuai Peguam Negara, Letitia James.

Trump sebelum ini berkata, beliau tidak akan bekerjasama jika prosiding itu dilakukan bukan secara bersumpah.

Prosiding terbaharu itu adalah sebagai sebahagian daripada siasatan sama ada beliau mengambil rekod sulit apabila meninggalkan White House sebelum ini.

Siasatan Mahkamah Sivil New York mendakwa bahawa syarikat Trump dan organisasi Trump tidak mengisytiharkan nilai aset seperti padang golf dan bangunan pencakar langit, pemberi pinjaman yang mengelirukan dan pihak berkuasa cukai.

Sumber sebelum ini mengesahkan serbuan itu membabitkan penyingkiran rekod sulit oleh Trump dari White House.

Sebelum ini kepimpinan demokrat dikritik kerana terlalu berhati-hati dalam menyiasat Trump berhubung percubaannya untuk membatalkan kekalahannya dalam Pilihan Raya 2020 kepada Joe Biden.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER