Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Chang Lih Kang Kini Ketuai KEADILAN Perak

Kongsikan Artikel Ini

PULAU PINANG, 11 Ogos – Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim mengumumkan pelantikan naib presiden parti itu, Chang Lih Kang sebagai pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) di Perak

Menurut Anwar, rundingan pelantikan Lih Kang yang juga ahli parlimen Tanjung Malim itu dibuat bersama dengan semua ketua cabang dan dipersetujui sebulat suara oleh mereka.

“Saya telah mencadangkan nama Ketua Cabang Tanjong Malim, saudara Chang Lih Kang sebagai Pengerusi MPN Perak dan semua Ketua Cabang sebulat suara menerima pelantikan beliau sebagai Pengerusi MPN bagi penggal 2022-2025.

“Saya yakin saudara Lih Kang yang juga naib presiden KEADILAN mampu menggalas tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin serta dapat menyuntik semangat baru buat pimpinan negeri bagi mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” katanya pada satu sidang media hari ini.


Lih Kang menggantikan Ahli Parlimen Gopeng, Lee Boon Chye yang memangku jawatan berkenaan setelah bekas Ketua Cabang Kuala Kangsar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak meletak jawatan.

Sebelum ini, Anwar mengumumkan Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli dilantik sebagai pengerusi MPN Wilayah Persekutuan dan Johor.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun dipilih mengetuai Negeri Sembilan dan Melaka manakala Naib Presiden KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad mengetuai PKR Kelantan dan Terengganu.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari pula akan menerajui MPN Selangor dan Pahang.

Pengerusi MPN KEADILAN di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang masih belum diumumkan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKANGAR, 25 Sep – Mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan memanggil Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam keadaan paling sesuai dengan mengambil kira...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 25 Sep – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, akar umbi parti itu boleh menjadi “lemah semangat” jika Pakatan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 24 Sep – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) sukar melakukan reformasi ketika mentadbir 22 bulan di bawah...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 23 Sep – Presiden Umno yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dibebaskan daripada 40 tuduhan menerima suapan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER